CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 25 June 2009

SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1) SIRI KE 30 - EMPAT KES TERBARU INFLUENZA A (H1N1)

Sejak laporan terakhir dikeluarkan, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan empat lagi kes tebaru Influenza A (H1N1) yang membawa jumlah keseluruhan di negara ini kepada 11 kes.

Kes ke 8 melibatkan seorang wanita berumur 23 tahun yang mula mendapat tanda-tanda penyakit pada 18 Jun 2009. Pesakit ini telah pergi ke Kuala Lumpur, Malaysia pada 12 Jun 2009 dan pulang ke tanah air pada 15 Jun 2009.

Kes ke 9 ialah seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun yang baru pulang daripada melawat negeri Johor, Malaysia pada 19 Jun 2009. Kanak-kanak ini mula menunjukkan tanda-tanda penyakit pada 22 Jun 2009.

Kes ke 10 dan ke 11 adalah merupakan kontak terdekat kes ke 4. Kes ke 10 ialah seorang kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun yang mula mempunyai tanda-tanda penyakit pada 23 Jun 2009. Kes ke 11 adalah seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun yang mula menunjukkan tanda-tanda penyakit pada 22 Jun 2009.

Kesemua pesakit ini, termasuk 7 pesakit Influenza A (H1N1) yang dilaporkan sebelumnya adalah dalam keadaan yang baik dan masih menjalani rawatan di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan berserta dengan agensi-agensi yang terlibat, akan terus mempertingkatkan usaha untuk mengawal penyakit ini. Di antara langkah-langkah tersebut ialah:

*Menggalakkan pengurangan aktiviti-aktiviti dan interaksi sosial secara sukarela selama 7 hari bagi mereka yang baru pulang dari luar negeri.

*Menghadkan penghantaran pegawai dan kakitangan ke luar negeri bagi menghadiri latihan dan mesyuarat.

*Memastikan pusat-pusat kurantin sentiasa mencukupi dan sentiasa berada dalam keadaan siap sedia.

*Akan memulakan pemeriksaan suhu badan di kalangan penuntut-penuntut sekolah di negara ini apabila penggal persekolahan yang baru bermula.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan terus menasihatkan orang ramai untuk segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan sekiranya mempunyai tanda-tanda penyakit terutamanya jika baru kembali dari luar negeri.

* Pada pagi tadi juga telah diadakan
Majlis penyerahan thermometer dan mask kepada Guru besar dan pengetua sekolah-sekolah beserta dengan Slide Presentasi mengenai Influenza A (H1N1)

Dalam presentasi tersebut ada menerangkan langkah-langkah pencegahan dan pemantauan bagi mengelakkan penyebaran H1N1 Virus dikalangan murid-murid sekolah.
Sebanyak 997 thermometer dan 10,000 mask ( for suspected cases only )
akan dibekalkan ke sekolah-sekolah oleh Kementerian Kesihatan melalui Kementerian Pendidikan.

Apabila Penggal Persekolahan bermula guru-guru akan diminta mengambil suhu badan murid-murid sebelum mereka memasuki kawasan sekolah. Guru-guru darjah juga dikehendaki memantau keadaan kesihatan murid-murid mereka dari masa kesemasa. Murid -murid yang dipercayai mendapat simptom tersebut akan diasingkan daripada murid-murid yang lain dan mereka juga dikehendaki untuk memakai mask bagi mencegah merebaknya Virus tersebut.

Untuk makluman lebih lanjut sila hubungi Ministry of Health Negara Brunei Darussalam

0 comments:

Post a Comment