CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 11 June 2009

CIKGU MARIAH


" Cikgu... terima kasih atas semua yang cikgu berikan kepada kami. Cikgu banyak berjasa kepada kami.Jangan lupakan kami semua.Kami inda lupakan cikgu kerana cikgu banyak berjasa kepada kami. Jangan menangis lagi cikgu. We love you forever ."

Itu adalah luahan dari hati murid-murid cikgu Mariah kerana beliau akan berpindah ke sekolah lain iaitu Sekolah Rendah Kasat. Cikgu Mariah telah berkhidmat di sekolah ini pada tahun 1998 hingga Jun 2009. Sepanjang 11 tahun bertugas di sekolah ini, banyak sumbangan ilmu yang telah beliau taburkan kepada warga Sekolah Rendah Lumapas. Warga sekolah ini mengucapkan agar Cikgu Mariah akan sentiasa sukses dalam kerjaya dan ribuan terima kasih atas segala jasa bakti yang telah disumbangkan pada sekolah ini. Kami semua akan tetap merindui cikgu....




Murid-murid Tahun 5A bergambar kenangan dengan Cikgu Mariah.


Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu dan semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut hati
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di hujung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan kami kenang sepanjang zaman.

Salah seorang Murid membuat nota ucapan kepada Cikgu Mariah.

Murid-murid Tahun 5A meluahkan perasaan sedih dan sayang melalui kertas nota.

Murid-murid mengerumuni Cikgu Mariah bagi menghargai jasa beliau.

0 comments:

Post a Comment