CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 23 July 2009

Perjumpaan Guru Besar,Penolong Guru Besar serta Guru-guru Sekolah Rendah Lumapas

Perkara : Mesyuarat Perjumpaan Guru Besar dan Penolong Guru Besar serta Guru-guru
Tempat : Bilik Mesyuarat
Tarikh : 22 Julai 2009 ( Hari Rabu )
Jam : 2:00 - 4.00 petang


Mesyuarat pada petang itu telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dipimpin oleh Cikgu Azhar Bin Hamzah, Penolong Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas.

Dalam Mesyuarat tersebut Guru Besar, Cikgu Hjh Gusni sempat mengalu-alukan kedatangan 3 orang guru baru yang bertugas di sekolah ini.


Agenda yang lain ialah :
  •  Peraturan memohon keluar semasa waktu bekerja.
  •  Kehadiran bertugas bagi guru-guru.
  • Teruskan membaca Doa tolak bala sebelum memulakan pembelajaran bagi period 1 sahaja.
  •  Membincangkan tentang wabak Influenza A H1N1 dan pembahagian tanggungjawab semasa  menjalankan pemeriksaan suhu badan murid-murid.
  • Mengingatkan murid-murid tentang menjaga kebersihan diri.
  •  Membincangkan tentang Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (Analisis keputusan Peperiksaan ) dan masalah murid dalam menjawab kertas soalan peperiksaan.
  • Perjumpaan ibu bapa bagi menyain rekod kemajuan murid-murid di tiadakan. 
  •  Penggunaan Internet wireless bagi kemudahan guru-guru.
  • Projek Intervensi dan Numerasi.
  • Persediaan Mengajar (Lesson Plan).
  •  Membincangkan aktiviti keagamaan bagi murid-murid rendah bawah dan rendah atas pada waktu ko-kurikulum.
  • Majlis Khatam Al-Quran Kawasan Brunei IV, akan diadakan pada 11hb Sept 2009 bertempat di Sekolah rendah PB Limau Manis. Guru-Guru Sekolah Rendah Lumapas di berikan Juzuk 25 - 26 untuk dibaca.

Thursday 16 July 2009

AKTIVITI SEKOLAH SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN


Pagi tadi semua murid-murid berkumpul di dewan sekolah bagi menjalankan aktiviti membaca surah Yassin yang diadakan bersempena dengan Hari Puja Usia Kebawah Duli yang ke 63 tahun, majlis juga diselajurkan dengan membaca doa bagi menjauhi dan dihindari daripada wabak influenza A (H1N1). Majlis pagi tadi telah diketuai oleh Penolong Guru Besar sekolah iaitu Cikgu Azhar bin Hamzah.

Wednesday 15 July 2009

SELAMAT HARI PUJA USIA KE 63




DIRGAHAYU

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA

SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADIN WADDAULAH,

SULTAN DAN DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

HAMBA DULI TUAN PATIK SEKELIAN MENYEMBAHKAN

SEMBAH KESYUKURAN SEMPENA HARI PUJA USIA KE 63

KEBAWAH DULI TUAN PATIK DAN SEMOGA

KEBAWAH DULI TUAN PATIK KEKAL KARAR MEMERINTAH

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Monday 6 July 2009

Pemeriksaan H1N1 Selepas Cuti Penggal Kedua ( Hari Pertama )


Hari ini sekolah mula dibuka setelah bercuti. Pintu masuk ke kawasan sekolah sesak kerana pemeriksaan sedang dijalankan. Jawatankuasa guru-guru bagi H1N1 ini telah dibahagikan tugas masing-masing bagi memastikan murid-murid diperiksa sebelum masuk ke dalam bilik darjah.

Hasil daripada pemeriksaan seramai 58 orang murid telah dimasukkan ke dalam bilik gerakkan kerana didapati menghidap batuk-batuk dan selsema walaupun suhu badan mereka tidak melebihi daripada 38 darjah selsius.

Ibu bapa bagi murid-murid tersebut telah dihubungi untuk mengambil anak-anak mereka dan dinasihatkan menjalani pemeriksaan lanjut di klinik-klinik yang berdekatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pemeriksaan kali kedua juga diadakan pada pukul 10.30 pagi iaitu selepas rehat. Guru-guru yang bertugas telah memeriksa suhu badan murid-murid dari darjah ke darjah. Pemantauan bagi suhu badan murid akan dilakukan lagi pada hari kedua persekolahan dan juga seterusnya.