CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 4 May 2012

Minggu Bahasa Melayu Sekolah Rendah Lumapas

Pada Hari isnin 23 April yang telah lepas telah diadakan perasmian Minggu Bahasa Melayu. Diucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas iaitu Cikgu Haji Muhd. Nikman bin Haji Muhd. Isa kerana telah berkesudian untuk melancarkan perasmian tersebut. Banyak aktiviti yang menarik telah diadakan seperti menyusun ayat, memilih perkataan bergambar, menyusun ayat jawi dan juga memilih jenis-jenis ayat. 

Diharap Aktiviti-aktiviti tersebut dapat menambah kemahiran murid dan memupuk minat murid dalam mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu.


 Banner Hari Akademik, Minggu Bahasa Melayu. 
 Guru Besar  Cikgu Haji Muhd. Nikman bin Haji Muhd. Isa
 merasmikan Minggu Bahasa Melayu dengan memotong reben.

Bermula dengan Membaca Senyap.
Murid-murid Prasekolah sedang membuat aktiviti.

 Murid-murid Tahun 1 sedang membuat aktiviti menyusun perkataan 
supaya menjadi ayat yang betul.
 
Guru Tahun 2 sedang menyampaikan soalan mengenai dengan kata dasar.  
Murid Tahun 3 sedang menjawab soalan yang diberikan iaitu menyusun 
perkataan supaya menjadi ayat yang betul.

Aktiviti murid Tahun 4 iaitu memilih perkataan yang betul.
Murid- murid Tahun 5 sedang memasing bola dengan diiringi oleh muzik, apabila muzik berhenti, murid yang memegang bola akan berpeluang untuk menjawab soalan.
Murid-murid perempuan Tahun 5 membuat aktiviti mengelilingi kerusi sehingga muzik berhenti, muird yang dapat duduk akan menjawab soalan yang guru berikan.




Memilih jenis-jenis ayat.




Penyampaian hadiah, yang disampaiakan oleh ketua Guru Agama iaitu Cikgu Hjh Sinun binti Haji Nayan




Lina/srlumapas

0 comments:

Post a Comment