CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 25 April 2012

THE GLOBAL ACTION WEEK 2012 ( 22 April 2012 )

The Global Action Week 2012, telah diadakan  di Taman Peranginan Kampong Parit, Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan Hj Mahrub Hj Murni yang berkata bahawa konsep 'reminiscing'reflects baik dengan belia dan (kanak-kanak) dalam memberi pendedahan yang lebih baik dari apa yang mereka boleh belajar dari masa lalu dan dari tradisi Brunei.

Majlis tersebut telah memberi tumpuan terutamanya kepada warisan Brunei di mana permainan kanak-kanak dan lagu-lagu tradisional telah digubal oleh kedua-dua ibu bapa dan kanak-kanak melalui persembahan. Antara permainan yang dimainkan telah mewarna , main Anjung, main simban , main carah, main kikik dan lain-lain. 

The Global Action Week  adalah satu kempen di seluruh dunia melalui Kempen Global Pendidikan setiap tahun pada bulan April. Ia bertujuan untuk meningkatkan peluang pendidikan untuk semua. Tema tahun ini adalah 'Penjagaan Awal Kanak-kanak dan Pendidikan'. 

Bagi penerangan lanjut sila layari The Brunei Times 



Persembahan tarian dari murid-murid pra

Murid-murid dari SR Lumapas sedang membuat persembahan bermukun.

Cenderahati dari pihak sekolah

Tetamu kehormat sedang beramah mesra dengan murid-murid




Lina /srlumapas

Wednesday 18 April 2012

Program USAI anjuran Bahagian Kaunseling dan Bakat Kerja.

Pada hari Isnin, 2hb April 2012 yang lalu telah berlangsung ceramah bertajuk 'Sama tapi tak serupa' yang telah dikendalikan di Dewan Sekolah Rendah Lumapas. Ceramah ini melibatkan guru-guru dari 4 buah sekolah iaitu guru-guru dari Sekolah Rendah Lumapas, Sekolah Rendah Kasat, Sekolah Rendah Putat dan Sekolah Rendah NAR Menunggol. Ceramah ini disertai oleh lebih 80 orang guru.

Ceramah Program Usai disampaikan oleh Cikgu Haji Shahdani bin Haji Asmat, Pegawai dari Unit Bahagian Bimbingan, Kaunseling dan Kerjaya,Jabatan Sekolah-sekolah. Program Usai yang bertajuk 'Sama tapi tak serupa' bertujuan untuk menerangkan tentang pentingnya disiplin dan kaunseling dalam membentuk diri pelajar.Cara pendekatan yang berbeza namun mempunyai tujuan yang sama iaitu membentuk pelajar kepada yang lebih baik.

Adalah penting bagi guru bahagian Disiplin bekerjasama dengan guru kaunseling untuk membantu pelajar. Kita tidak menjangkakan perubahan mendadak dari diri pelajar, pendekatan yang perlahan dan lembut boleh memberikan impak yang lebih besar dan mendalam dalam diri mereka. Dalam menghadapi masalah pelajar, kita hendaklah mengkaji puncanya kerana setiap perkara yang berlaku itu ada sebabnya. Kita hendaklah sabar dan sentiasa berinteraksi dengan pelajar,bukakan peluang dan kesempatan untuk mereka bersuara dan meluahkan isi hati mereka.

Cg Norafiza binti Awg Osman ( Guru Pemimbing Sekolah ) sebagai pemudah cara.

Cg Hj Shahdani bin Hj Asmat ( Pegawai Kaunseling ) sebagai penceramah

Antara Guru yang hadir mendengar ceramah berkenaan.


Guru Besar NAR Menunggol dan GB Sr Lumapas sama-sama menghadiri majlis berkenaan

Petikan Sabda Nabi S.A.W sebagai pegangan & renungan bersama

Wakil dari Sekolah Putat


Wakil dari Sekolah Nar Menunggol dan Lumapas

Tuesday 17 April 2012

PELANCARAN PROGRAM MEMBACA SEKOLAH RENDAH LUMAPAS




UCAPAN DARIPADA GURU BESAR

Hari Sabtu 14hb. April 2012 Sekolah Rendah Lumapas telah mengadakan majlis pelancaran Program Membaca. Pelancaran tersebut telah dilaksanakan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas yang sebelumnya telah memberikan ucapan-ucapan dan kata-kata motivasi kepada warga sekolah Rendah Lumapas. Selesai sahaja pelancaran, beberapa persembahan pentas telah dibuat oleh setiap peringkat kelas yang bertemakan membaca. Pihak sekolah melalu AJK Program membaca sekolah telah memilih nama khusus program membaca sebagai P3M. P3M bermaksud PROGRAM MEMBACA MEMBINA MINDA.

Persembahan dari Murid-murid Tahun 1

Persembahan Nyanyian dari Murid-murid Pra B dan C
bertajuk 'PAK MAMAT ADA KEBUN'




Persembahan Nyanyian dari murid-murid PRA A
'RumahKu"

Persembahan Nyanyian Tahun 1
'Reach Out'

 
Persembahan dari Tahun 3

 Persembahan dari Tahun 4
 Persembahan dari Tahun 5

aR/april 2012

Friday 6 April 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH BRUNEI IV

Pada hari Ahad, 1 April 2012 telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga Sekolah-sekolah Brunei IV. Kejohanan tersebut telah diadakan di Padang Kebajikan Berakas. Tuan Rumah bagi acara tersebut ialah Sekolah Rendah Jerudong Brunei IV. Tetamu Kehormat yang dijemput pada hari itu ialah Cikgu Nudin bin Haji Mohammad, Pemangku Penolong Pengarah Zon Brunei IV, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.















Lina/ srlumapas

Tuesday 3 April 2012

PERTANDINGAN KEJOHANAN BADMINTON, SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH, ZON BRUNEI IV

Pada hari Khamis, 29hb Mac 2012. Pertandingan akhir kejohanan Badminton bagi Sekolah-Sekolah Rendah, Zon Brunei IV telah diadakan di Kompleks Sukan Sungai Kebun.

Tetamu kehormat pada Majlis tersebut ialah Yang Mulia, Cikgu Haji Amzah Bin Haji Sabtu. Penyelia kanan Daerah Brunei IV.

Antara jemputan yang hadir pada hari tersebut terdiri daripada Pegawai-Pegawai dari Jabatan Kokurikulum, Guru-Guru Besar, Penolong-Penolong Guru Besar, Hakim dan pengadil jemputan.

Acara dimulakan dengan pertandingan perseorangan Perempuan dari Sekolah Rendah Panchor Murai bertemu dengan Sekolah Rendah Kasat. Pemenang bagi pertandingan perseorangan perempuan disandang oleh Sekolah Rendah Kasat.

Acara diteruskan dengan pertandingan perseorang bagi Lelaki dari Sekolah Rendah Sengkurong bertemu Sekolah Rendah Bengkurong. Pemenang bagi pertandingan perseorangan Lelaki disandang oleh Sekolah Rendah Sengkurong.

Acara berikutnya pertandingan Bergu Lelaki dari Sekolah Rendah Bengkurong bertemu Sekolah Rendah Sengkurong. Pemenang bagi pertandingan Bergu Lelaki disandang oleh Sekolah Rendah Bengkurong.


Acara kemuncak adalah Pertandingan Bergu Perempuan dari Sekolah Rendah Lumapas bertemu Sekolah Rendah Junjungan. Pemenang bagi pertandingan Bergu Perempuan disandang oleh Sekolah Rendah Lumapas.

Seterusnya penyampaian Hadiah Kejohanan Badminton yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Cikgu Haji Amzah Bin Haji Sabtu.

Jamuan

Bersurai


Buku program pada hari tersebut.


Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada pemenang




Bergambar bersama Jurulatih pasukan iaitu Cikgu Haji Shafiee bin Morni. Tahniah kepada pasukan kita kerana telah berjaya menjadi Johan dalam pertandingan bergu perempuan.

Tetamu Kehormat bergambar bersama-sama para pemenang.

Nita/Srlumapas