CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 12 April 2011

Pertandingan bola sepak


Sekolah-sekolah rendah, zon brunei iv


tahun 2011



Pada 07hb April 2011 iaitu hari Khamis, Sekolah Rendah Lumapas telah menjadi NAIB JOHAN dalam perlawanan Bola Sepak, Sekolah-Sekolah, Zon Brunei IV.



Warga Sekolah Rendah Lumapas ingin mengucapkan syabas dan tahniah diatas kejayaan yang diperolehi oleh murid-murid yang ikut serta dalam pertandingan tersebut.



Pada 11hb April 2011 iaitu hari isnin, Guru Besar telah memberikan pingat kepada peserta-peserta tersebut dihadapan semua guru-guru dan murid-murid Sekolah Rendah Lumapas bagi tujuan memberi dorongan dan galakan kepada murid-murid untuk aktif dalam bidang kokurikulum.






Nita/srlumapas

Pertandingan catur


Sekolah-sekolah rendah, zon brunei iv


bagi tahun 2011



Pada 09hb April 2011 iaitu hari sabtu, Sekolah Rendah Lumapas telah menjadi Tuan Rumah bagi acara pertandingan catur, Sekolah-Sekolah Rendah, Zon Brunei IV. Acara ini juga diselenggarakan bersama dengan Jabatan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.



Tetamu kehormat pada majlis ini ialah PPKD Brunei II dan IV, Yang mulia Cikgu Hajah Norisah Binti Haji Salleh.



Acara bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Seramai 10 pemenang telah menerima pingat daripada tetamu kehormat majlis.






Nita/srlumapas

Pendaftaran Pra Sekolah


Di sekolah Rendah Lumapas, Brunei IV


Bagi Tahun 2012




Sukacita dimaklumkan kepada semua ibu bapa/penjaga yang tinggal di Kampong Lumapas bahawa pendaftaran kemasukkan Pra Sekolah bagi sekolah ini pada tahun 2012 akan bermula pada 01hb April 2011 hingga 30hb Jun 2011.


Sila ambil perhatian perkara berikut:




  1. Kanak-kanak yang didaftarkan hendaklah dilahirkan sebelum 1 JANUARI 2007 (mencapai umur 5 tahun pada 31 Disember 2011)

  2. Borang pendaftaran boleh didapati daripada Guru Besar atau Kerani pada hari-hari sekolah dibuka antara jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang.

  3. Semasa mendapatkan borang berkenaa, sila bawa perkara berikut bersama-sama bagi tujuan penyemakkan.
3.1. Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga 3.2. Salina nasal surat beranak yang didaftarkan


4. Borang pendaftaran yang telah diisikan hendaklah dikembalikan kesekolah ini dengan menyertakan 3 salinan bergambar surat beranak berkenaan tidak lewat pada 30 Jun 2011.


5. Pendaftaran yang lewat dari tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima dan perhatian biskita mengenai perkara ini adalah sangat-sangat diharapkan dan diucapkan terima kasih.



Sekian, Wassalam






Nita/srlumapas

Tuesday 5 April 2011

PEPERIKSAAN PENILAIAN MOCK I

TAHUN 6

SEDANG DIJALANKAN

Jadual peperiksaan adalah seperti berikut:

DAY / DATE

TIME

DURATION

SUBJECT

04/04/2011

(MONDAY)

8.00 – 8.15 am

8.30 – 9.30 am

10.30 – 11.30 am

15 MIN

1 HOUR

1 HOUR

MCT

MATHEMATICS I

MATHEMATICS II

05/04/2011

(TUESDAY)

8.30 – 10.00 am

10.30 – 11.30 am

1 HOUR 30 MIN

1 HOUR

ENGLISH I

ENGLISH II

06/04/2011

(WEDNESDAY)

8.30 – 9.15 am

10.30- 11.30 am

45 MINUTES

1 HOUR

BAHASA MELAYU I

BAHASA MELAYU II

07/04/2011

(THURSDAY)

8.00 – 8.30 am

9.20 – 10.00 am

10.30 – 11.30 am

30 MINUTES

40 MINUTES

1 HOUR

M.I.B

SCIENCE I

SCIENCE II

Monday 4 April 2011

Post Test untuk SLP (School Leadership Programme)

Pada 17hb Mac 2011 iaitu sebelum cuti penggal pertama, semua murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 telah menduduki ‘Post-Test’ Fantastic4 selama 15 minit bagi projek SLP di dalam kelas masing-masing.

Ujian tersebut bermula pada jam 7.45 pagi – 8.00 pagi.


Hari Akademik

Diadakan pada hari Khamis, 17hb Mac 2011. Sebelum acara dimulakan, murid-murid membuat ’Speed Test’. Hari tersebut dikhususkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik, murid-murid membuat pelbagai persembahan mengikut tahun masing-masing dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Guru Besar mengucapkan tahniah kepada guru-guru dan murid-murid Sekolah Rendah Lumapas atas usaha yang dijalankan bagi menjayakan program Hari Akademik dan Post Test SLP.



Persembahan lakonan dari Tahun 4 sempena minggu Matematik.

Murid-murid dari tahun 4 membaca dialog untuk lakonan mereka.

Murid-murid tahun 2 mempersembahkan nyanyian mereka.

Murid-murid tahun 3 juga mempersembahkan nyanyian mereka.


Hari Hijau Sekolah Rendah Lumapas / SRL Greenday


Hari hijau Sekolah Rendah Lumapas dilaksanakan pada 29hb Januari 2011, hari Sabtu yang telah melibatkan semua guru-guru, kakitangan dan murid-murid sekolah ini. Disamping itu juga, acara ini juga melibatkan dan meminta sokongan daripada ibu bapa murid untuk meminta sumbangan yang berbentuk bunga-bunga dan tumbuhan-tumbuhan bagi menjayakan acara tersebut.

Ia adalah salah satu daripada projek SLP (School Leadership Programme) yang telah pun berjalan sejak November 2010 yang lalu. Selain projek berkebun, satu lagi projek yang dijalankan ialah projek Fantastic 4 yang mengetengahkan kepada mata pelajaran Matematik. Ini kerana, mata pelajaran tersebut didapati mata pelajaran yang masih lemah dikalangan murid-murid.