CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 24 October 2009

Majlis Sambutan Hari Raya 2009


Majlis ini telah berlangsung pada 17 Oktober yang lepas bertempat di dewan Sekolah Rendah Lumapas. Di dalam majlis tersebut juga telah diadakan beberapa buah persembahan nyanyian, tarian dan juga pertandingan fesyen pakaian bagi murid-murid sekolah.

Selesai persembahan, murid-murid juga telah berkesempatan untuk bersalaman dengan semua guru-guru. Setelah majlis tersebut selesai, Guru Besar dan Penolong Guru Besar serta guru-guru yang lain telah sudi membuat kunjungan berhari raya ke setiap bilik darjah serta beramah mesra dengan murid-murid.

Acara penutup pada hari tersebut ialah acara menikmati juadah hari raya yang diadakan bertempat di bilik masyuarat.



Acara bersalaman diantara murid-murid dengan guru-guru.


Pertandingan Fesyen Pakaian bagi murid-murid Tahun Tiga




Acara berhari raya ke setiap bilik darjah


Antara sajian yang dihidangkan pada hari tersebut


Lina/srlumapas

Wednesday 16 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari kami seluruh warga Sekolah Rendah Lumapas Kawasan Brunei IV.




PANTUN HARI RAYA

Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira


Sumber: Selekta



Wednesday 26 August 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
AL-MUBARAK

Kami Warga Sekolah Rendah Lumapas ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.







Thursday 23 July 2009

Perjumpaan Guru Besar,Penolong Guru Besar serta Guru-guru Sekolah Rendah Lumapas

Perkara : Mesyuarat Perjumpaan Guru Besar dan Penolong Guru Besar serta Guru-guru
Tempat : Bilik Mesyuarat
Tarikh : 22 Julai 2009 ( Hari Rabu )
Jam : 2:00 - 4.00 petang


Mesyuarat pada petang itu telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dipimpin oleh Cikgu Azhar Bin Hamzah, Penolong Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas.

Dalam Mesyuarat tersebut Guru Besar, Cikgu Hjh Gusni sempat mengalu-alukan kedatangan 3 orang guru baru yang bertugas di sekolah ini.


Agenda yang lain ialah :
  •  Peraturan memohon keluar semasa waktu bekerja.
  •  Kehadiran bertugas bagi guru-guru.
  • Teruskan membaca Doa tolak bala sebelum memulakan pembelajaran bagi period 1 sahaja.
  •  Membincangkan tentang wabak Influenza A H1N1 dan pembahagian tanggungjawab semasa  menjalankan pemeriksaan suhu badan murid-murid.
  • Mengingatkan murid-murid tentang menjaga kebersihan diri.
  •  Membincangkan tentang Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (Analisis keputusan Peperiksaan ) dan masalah murid dalam menjawab kertas soalan peperiksaan.
  • Perjumpaan ibu bapa bagi menyain rekod kemajuan murid-murid di tiadakan. 
  •  Penggunaan Internet wireless bagi kemudahan guru-guru.
  • Projek Intervensi dan Numerasi.
  • Persediaan Mengajar (Lesson Plan).
  •  Membincangkan aktiviti keagamaan bagi murid-murid rendah bawah dan rendah atas pada waktu ko-kurikulum.
  • Majlis Khatam Al-Quran Kawasan Brunei IV, akan diadakan pada 11hb Sept 2009 bertempat di Sekolah rendah PB Limau Manis. Guru-Guru Sekolah Rendah Lumapas di berikan Juzuk 25 - 26 untuk dibaca.

Thursday 16 July 2009

AKTIVITI SEKOLAH SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN


Pagi tadi semua murid-murid berkumpul di dewan sekolah bagi menjalankan aktiviti membaca surah Yassin yang diadakan bersempena dengan Hari Puja Usia Kebawah Duli yang ke 63 tahun, majlis juga diselajurkan dengan membaca doa bagi menjauhi dan dihindari daripada wabak influenza A (H1N1). Majlis pagi tadi telah diketuai oleh Penolong Guru Besar sekolah iaitu Cikgu Azhar bin Hamzah.

Wednesday 15 July 2009

SELAMAT HARI PUJA USIA KE 63




DIRGAHAYU

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA

SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADIN WADDAULAH,

SULTAN DAN DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

HAMBA DULI TUAN PATIK SEKELIAN MENYEMBAHKAN

SEMBAH KESYUKURAN SEMPENA HARI PUJA USIA KE 63

KEBAWAH DULI TUAN PATIK DAN SEMOGA

KEBAWAH DULI TUAN PATIK KEKAL KARAR MEMERINTAH

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Monday 6 July 2009

Pemeriksaan H1N1 Selepas Cuti Penggal Kedua ( Hari Pertama )


Hari ini sekolah mula dibuka setelah bercuti. Pintu masuk ke kawasan sekolah sesak kerana pemeriksaan sedang dijalankan. Jawatankuasa guru-guru bagi H1N1 ini telah dibahagikan tugas masing-masing bagi memastikan murid-murid diperiksa sebelum masuk ke dalam bilik darjah.

Hasil daripada pemeriksaan seramai 58 orang murid telah dimasukkan ke dalam bilik gerakkan kerana didapati menghidap batuk-batuk dan selsema walaupun suhu badan mereka tidak melebihi daripada 38 darjah selsius.

Ibu bapa bagi murid-murid tersebut telah dihubungi untuk mengambil anak-anak mereka dan dinasihatkan menjalani pemeriksaan lanjut di klinik-klinik yang berdekatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pemeriksaan kali kedua juga diadakan pada pukul 10.30 pagi iaitu selepas rehat. Guru-guru yang bertugas telah memeriksa suhu badan murid-murid dari darjah ke darjah. Pemantauan bagi suhu badan murid akan dilakukan lagi pada hari kedua persekolahan dan juga seterusnya.

Tuesday 30 June 2009

Taklimat Tentang Influenza A (H1N1)










Pada 27 Jun lepas telah diadakan taklimat mengenai dengan Influenza A ( H1N1 ) kepada guru-guru dan kakitangan sekolah. Di dalam taklimat tersebut guru-guru telah diajarkan cara-cara yang betul menggunakan alat pengesan suhu badan. Alat pengesahan suhu badan tersebut telah diagihkan melalui Kementerian Pendidikan. Pada masa ini murid-murid masih lagi dicutikan iaitu dari 29 Jun hingga 4 Julai dan akan mula bersekolah pada 6 Julai nanti.

AKTIVITI CUTI PENGGAL KEDUA


Pada 18hb Jun 2009. Guru-guru dan murid-murid Sekolah Rendah Lumapas telah mengikuti rombongan lawatan sambil belajar ke Galeri Kesihatan Berakas. Seramai lebih kurang 70 orang warga sekolah menyertai rombongan tersebut. Sebelum berangkat ke Galeri Kesihatan, guru-guru dan murid-murid diarahkan berkumpul di Sekolah Rendah Lumapas untuk menaiki bas yang telah disediakan sebanyak 4 buah. Tepat jam 8.30 pagi, rombongan sekolah telah berangkat ke Galeri Kesihatan dan tiba pada jam 9.00 pagi.

Kedatangan rombongan sekolah telah disambut dengan mesranya oleh kakitangan Galeri kesihatan. Seterusnya murid-murid di arahkan untuk membuat pecahan kumpulan bagi melicinkan lawatan serta memudahkan murid-murid untuk belajar. Setiap kumpulan akan di ketuai oleh seorang kakitangan Galeri Kesihatan untuk menerangkan setiap pameran yang dipertunjukkan.



Thursday 25 June 2009

SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1) SIRI KE 30 - EMPAT KES TERBARU INFLUENZA A (H1N1)

Sejak laporan terakhir dikeluarkan, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan empat lagi kes tebaru Influenza A (H1N1) yang membawa jumlah keseluruhan di negara ini kepada 11 kes.

Kes ke 8 melibatkan seorang wanita berumur 23 tahun yang mula mendapat tanda-tanda penyakit pada 18 Jun 2009. Pesakit ini telah pergi ke Kuala Lumpur, Malaysia pada 12 Jun 2009 dan pulang ke tanah air pada 15 Jun 2009.

Kes ke 9 ialah seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun yang baru pulang daripada melawat negeri Johor, Malaysia pada 19 Jun 2009. Kanak-kanak ini mula menunjukkan tanda-tanda penyakit pada 22 Jun 2009.

Kes ke 10 dan ke 11 adalah merupakan kontak terdekat kes ke 4. Kes ke 10 ialah seorang kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun yang mula mempunyai tanda-tanda penyakit pada 23 Jun 2009. Kes ke 11 adalah seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun yang mula menunjukkan tanda-tanda penyakit pada 22 Jun 2009.

Kesemua pesakit ini, termasuk 7 pesakit Influenza A (H1N1) yang dilaporkan sebelumnya adalah dalam keadaan yang baik dan masih menjalani rawatan di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan berserta dengan agensi-agensi yang terlibat, akan terus mempertingkatkan usaha untuk mengawal penyakit ini. Di antara langkah-langkah tersebut ialah:

*Menggalakkan pengurangan aktiviti-aktiviti dan interaksi sosial secara sukarela selama 7 hari bagi mereka yang baru pulang dari luar negeri.

*Menghadkan penghantaran pegawai dan kakitangan ke luar negeri bagi menghadiri latihan dan mesyuarat.

*Memastikan pusat-pusat kurantin sentiasa mencukupi dan sentiasa berada dalam keadaan siap sedia.

*Akan memulakan pemeriksaan suhu badan di kalangan penuntut-penuntut sekolah di negara ini apabila penggal persekolahan yang baru bermula.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan terus menasihatkan orang ramai untuk segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan sekiranya mempunyai tanda-tanda penyakit terutamanya jika baru kembali dari luar negeri.

* Pada pagi tadi juga telah diadakan
Majlis penyerahan thermometer dan mask kepada Guru besar dan pengetua sekolah-sekolah beserta dengan Slide Presentasi mengenai Influenza A (H1N1)

Dalam presentasi tersebut ada menerangkan langkah-langkah pencegahan dan pemantauan bagi mengelakkan penyebaran H1N1 Virus dikalangan murid-murid sekolah.
Sebanyak 997 thermometer dan 10,000 mask ( for suspected cases only )
akan dibekalkan ke sekolah-sekolah oleh Kementerian Kesihatan melalui Kementerian Pendidikan.

Apabila Penggal Persekolahan bermula guru-guru akan diminta mengambil suhu badan murid-murid sebelum mereka memasuki kawasan sekolah. Guru-guru darjah juga dikehendaki memantau keadaan kesihatan murid-murid mereka dari masa kesemasa. Murid -murid yang dipercayai mendapat simptom tersebut akan diasingkan daripada murid-murid yang lain dan mereka juga dikehendaki untuk memakai mask bagi mencegah merebaknya Virus tersebut.

Untuk makluman lebih lanjut sila hubungi Ministry of Health Negara Brunei Darussalam

Saturday 13 June 2009

PAMERAN MASAKAN, SETEM DAN PERMAINAN NEGARA ASEAN SERTA PENYAMAPAIAN HADIAH KEPADA MURID

Pagi tadi 13 hb Jun bertempat di dewan sekolah telah diteruskan lagi dengan aktiviti Asean dengan pameran masakan, setem dan permainan bagi negara-negara Asean. Acara ini bertujuan untuk mendedahkan murid-murid dengan pelbagai jenis masakan, setem dan permainan bagi sesebuah negara Asean. Pada pagi itu Guru Besar berkesudian merasmikan pameran masakan dari Negara Asean. Manakala Pameran Setem Asean pula telah dirasmikan oleh Penolong Guru Besar. Guru-guru juga sempat menjamu selera dengan mencuba sendiri masakan bagi setiap negara. Acara juga diteruskan dengan aktiviti mencari benda bagi murid-murid. Beberapa orang murid diberi kertas soalan yang mengarahkan mereka untuk mencari sesuatu benda yang terdapat dari sudut Asean. Hadiah diberikan kepada murid yang dapat mencari benda yang betul.

Penyamapaian hadiah bagi kuiz Asean dan hadiah Powerpoint Keselamatan Jalan Raya juga disampaian oleh Guru Besar dan juga Penolong Guru Besar. Aktiviti terakhir bagi hari tersebut adalah permainan bagi negara Asean. Beberapa orang murid juga dapat mencuba sendiri permainan dari Negara Thailand dan Singapura.

Dikesempatan ini juga kami wakil daripada guru-guru Sekolah Rendah Lumapas ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid-murid di seluruh negara.


Guru Besar merasmikan Pameran Masakan Asean


Penolong Guru Besar merasmikan Pameran Setem Asean



Penyampaian hadiah kepada peserta Powerpoint Keselamatan Jalan Raya


Penyampaian hadiah Kuiz Asean













Thursday 11 June 2009

AKTIVITI KUIZ DAN RODA ASEAN

Hari ini aktiviti ASEAN diteruskan lagi dengan aktiviti Kuiz dan Roda ASEAN. Aktiviti ini melibatkan semua murid dari Pra hingga Tahun 6. Acara bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Tujuan aktiviti diadakan adalah untuk menguji minda murid-murid mengenai Negara-Negara ASEAN. Bagi murid-murid Pra, aktiviti mewarna bendera negara-negara ASEAN diberikan.


Guru Pengawas Roda ASEAN sedang menyoal murid.

Murid-murid dari Rendah Atas sedang melihat Video ASEAN.
Cikgu Hajah Masnoh sedang menyoal ejaan negara Vietnam.



CIKGU MARIAH


" Cikgu... terima kasih atas semua yang cikgu berikan kepada kami. Cikgu banyak berjasa kepada kami.Jangan lupakan kami semua.Kami inda lupakan cikgu kerana cikgu banyak berjasa kepada kami. Jangan menangis lagi cikgu. We love you forever ."

Itu adalah luahan dari hati murid-murid cikgu Mariah kerana beliau akan berpindah ke sekolah lain iaitu Sekolah Rendah Kasat. Cikgu Mariah telah berkhidmat di sekolah ini pada tahun 1998 hingga Jun 2009. Sepanjang 11 tahun bertugas di sekolah ini, banyak sumbangan ilmu yang telah beliau taburkan kepada warga Sekolah Rendah Lumapas. Warga sekolah ini mengucapkan agar Cikgu Mariah akan sentiasa sukses dalam kerjaya dan ribuan terima kasih atas segala jasa bakti yang telah disumbangkan pada sekolah ini. Kami semua akan tetap merindui cikgu....




Murid-murid Tahun 5A bergambar kenangan dengan Cikgu Mariah.


Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu dan semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut hati
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di hujung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan kami kenang sepanjang zaman.

Salah seorang Murid membuat nota ucapan kepada Cikgu Mariah.

Murid-murid Tahun 5A meluahkan perasaan sedih dan sayang melalui kertas nota.

Murid-murid mengerumuni Cikgu Mariah bagi menghargai jasa beliau.

Wednesday 10 June 2009

PENYAMPAIAN DERMA (SEDEKAH) BAGI PEMBINAAN MASJID MADANG OLEH JAPSER BRUNEI IV.
Oleh : Cikgu Azhar (PGB)
srlumapas@gmail.com


Selasa, 09hb. Jun.2009. PPKD, Pmk PD berserta AJK JAPSER BRUNEI IV telah berkunjung ke rumah Ketua Kampong Madang bagi Majlis penyampaian Derma ( sedekah) ikhlas dari Pegawai JSS (Bhg Rendah), Pemimpin-pemimpin sekolah, Guru-guru, kakitangan dan orang persendirian kawasan Sekolah -Sekolah Brunei IV kepada Bendahari pembinaan masjid Kampong Madang.

Penyerahan Derma tersebut telah dilaksanakan oleh Cikgu Hjh Kamariah Binti Hj Ibrahim, PPKD Brunei IV yang disaksikan oleh Ahli JAPSER BRUNEI IV berserta AJK pembinaan Masjid Kg Madang.

Kutipan derma itu adalah susulan tersiarnya berita mengenai perkara tersebut di dada Akhbar Media Permata. Dan atas nasihat dan perbincangan Pengerusi JAPSER Brunei IV bersama Pmk. Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan Kementerian Pendidikan berserta Pegawai-pegawai dari JSS ( Bhg Rendah) maka JAPSER Brunei IV bersetuju membuat kutipan tersebut bagi sama-sama membantu dan seterusnya mendapatkan pahala bagi pembinaan masjid tersebut.

Pembinaan Masjid Kampong Madang ini memakan belanja hampir $5 juta ringgit yang mempunyai ciri-ciri keislaman dengan gabungan seni bina masjid-masjid yang terdapat di negara ini.

Semasa perjumpaan kelmarin AJK pembinaan Masjid Madang masih terus memerlukan dan menerima sumbangan ikhlas dari pihak tertentu bagi mencapai hajat untuk pembinaan masjid yang dimaksudkan.



Struktur Masjid Kampong Madang yang akan dibina.


PPKD Brunei IV, Cikgu Hajah Kamariah menyampaikan derma kepada AJK pembinaan Masjid Kg Madang..