CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 15 March 2012

CUTI PENGGAL PERTAMA TAHUN 2012



Bermula pada Hari Jumaat, 16hb Mac 2012 hingga Hari Ahad, 25hb Mac 2012.
(10 Hari)

NitaSRLumapas

Tuesday 13 March 2012

PERTANDINGAN AZAN DAN AYAT-AYAT LAZIM

Sabtu, 10hb Mac 2012, Sekolah Rendah Lumapas telah mengadakan pertandingan Azan dan Ayat-Ayat Lazim bagi pelajar-pelajar Tahun 4,5 dan 6.

Acara pada pagi itu di mulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Ustaz Haji Muhd Bukhari Bin Haji Aji.

Seterusnya ucapan alu-aluan dari Penolong Guru Besar, Cikgu Azhar Bin Hamzah.

Para Hakim pertandingan Azan dan Ayat-Ayat Lazim.


Senarai nama peserta yang ikut bertanding.

Hakim-hakim terdiri daripada guru-guru Sekolah Rendah Lumapas iaitu:
1. Ustaz Haji Muhd Bukhari Bin Haji Aji
2. Ustazah Hajah Sinun Binti Haji Nayan
3. Ustazah Royhana Binti Awg Ambun
4. Cikgu Zainab Binti Haji Braim

Seramai 4 orang peserta murid lelaki dan 4 orang peserta murid perempuan mengikuti pertandingan tersebut.


Muhd Aiman Azmi sedang melaungkan azan subuh.


Md Ilmi Hamizan peserta Tahun 4A.


Abdul Muiz peserta Tahun 6A.


Mohd Faiz Faizzi peserta Tahun 6A.


Murid-murid Tahun 4,5 dan 6 sedang menyaksikan pertandingan tersebut.


Saidatul Nur Zahidah peserta Tahun 5A.


Nurhaziqah peserta Tahun 5A.


Aimuni Malikah peserta Tahun 5B.

Murid perempuan dari Tahun 4,5 dan 6 turut menyaksikan pertandingan dengan senyap.


Juruacara pada majlis tersebut, Cikgu Dyg Norafiza Binti Awg Osman.

Seterusnya persembahan Nasyid dari murid-murid perempuan Tahun 4,5 dan 6 bagi memberi laluan hakim untuk mengira markah para peserta.




Majlis penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas, Cikgu Haji Muhd Nikman Bin Haji Muhd Isa.

Pemenang peraduan Azan.


Pemenang Peraduan Ayat-Ayat Lazim.


Para peserta bergambar ramai beserta dengan hadiah masing-masing.


Pemenang bagi pertandingan Azan di sandang oleh Md Aiman Azmi Bin Haji Sahari dari Tahun 4A. Manakala pemenang bagi pertandingan Ayat-ayat Lazim di sandang oleh Saidatul Nur Zahidah Binti Haji Alias dari Murid Tahun 5A.


Bagi mengakhiri majlis pada pagi itu, bacaan doa selamat telah dibacakan oleh Cikgu Sazil Amri Bin Abd Rahman.

Pemenang bagi peraduan ini seterusnya akan mewakili sekolah untuk pertandingan Kawasan Zon Brunei IV. Semoga wakil sekolah ini akan dapat berlatih bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan yang cemerlang dan mengharumkan nama Sekolah Rendah Lumapas. Amiiiin..

Nita/SRLumapas

Thursday 8 March 2012

TAKLIMAT PREFEK BAGI TAHUN 2012

Pada Khamis, 16hb Februari yang lalu. Satu taklimat bagi Prefek -Prefek Sekolah Rendah Lumapas telah diadakan di Dewan Sekolah Rendah Lumapas.

Acara bermula pada jam 10.45 pagi dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang mulia Ustaz Haji Muhd Bukhari Bin Haji Aji.


Ustaz Haji Muhd Bukhari membacakan surah Al-Fatihah.


Guru Besar sedang memperlihatkan keratan surat khabar kepada prefek-prefek SRLumapas.


Prefek Lelaki Sekolah Rendah Lumapas Tahun 2012.


Prefek Perempuan Sekolah Rendah Lumapas Tahun 2012.


Guru Kaunseling Sekolah Rendah Lumapas, Cikgu Norafiza Binti Osman.


Guru Pengawas Prefek Sekolah Rendah Lumapas, Cikgu Siti Nor Hafizah Binti Haji Duraim.

Ketua Prefek Lelaki, Awang Abu Zaid Bin Haji Harun


Seterusnya ucapan Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas, Cikgu Haji Muhd Nikman Bin Haji Muhd Isa.

Kemudian taklimat Prefek disampaikan oleh Cikgu Norafiza Binti Osman, Guru Kaunseling Sekolah Rendah Lumapas.

Acara di lanjutkan dengan taklimat kedua mengenai Tugas dan Tanggungjawab Prefek Bagi Tahun 2012 yang disampaikan oleh Cikgu Siti Nor Hafizah Binti Haji Duraim, Pengawas Prefek Sekolah Rendah Lumapas.


Seterusnya Prefek-Prefek diberikan ceramah Motivasi dan Aktiviti oleh Cikgu Norafiza Binti Osman, Guru Kaunseling Sekolah Rendah Lumapas.

Bagi memberkati taklimat pada pagi tersebut bacaan Doa Selamat telah di bacakan oleh Ustaz Haji Muhd Bukhari Bin Haji Aji dan seterusnya majlis bersurai.

Nita/SRLumapas

AKTIVITI MINGGU SCIENCE

Selasa pagi, 06hb Mac 2012. Aktiviti minggu science di sambung lagi bagi murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3.

Aktiviti murid Tahun 2A, 2B dan 2C adalah "Describing Non-Living Thing". Manakala Aktiviti bagi Tahun 3A, 3B dan 3C adalah "How animals move?"

Selesai aktiviti Tahun 2 dan Tahun 3, majlis penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang telah di sampaikan oleh Penolong Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas, Cikgu Azhar Bin Hamzah dan seterusnya bergambar ramai bersama pemenang dan Guru Subjek Science Tahun 2 dan 3.
Aktiviti Science Tahun 2A, 2B dan 2C


Wakil murid Tahun 2 sedang menulis jawapan pada petak yang disediakan.


Cikgu Siti Nurhafizah sedang menyoal muridnya Tahun 2.


Soalan bagi Tahun 3A, 3B dan 3C.


Murid Tahun 3 menyusun gambar mengikut soalan yang diberikan.


Wakil murid perempuan sedang melekatkan jawapan pada petak soalan.


Soalan yang ketiga "Walk and Run"


Penolong Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Tahun 2 dan Tahun 3.


Penolong Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Tahun 3.


Penolong Guru besar bergambar ramai bersama dengan pemenang Tahun 2 dan Tahun 3 serta Guru Subjek Science Tahun 2 dan 3.


Nita/SRLumapas

Tuesday 6 March 2012

PSR Mock Exam bagi Tahun 6

Peperiksaan Mock PSR bagi Tahun 6 Sekolah Rendah Lumapas telah bermula pada hari Isnin 5 haribulan Mac 2012 dan akan berakhir pada 8 haribulan Mac ini. Peperiksaan ini dijalankan di dewan Sekolah Rendah Lumapas.

Semoga pelajar-pelajar Tahun 6 akan dapat menjawap soalan-soalan dengan betul dan didoakan agar lulus dalam peperiksaan tersebut, Amin Ya Rabbal Alamin.










Lina/srlumapas

PERASMIAN MINGGU SCIENCE SRLUMAPAS TAHUN 2012

Isnin,05hb Mac 2012, Satu acara perasmian Minggu Science telah dilancarkan oleh guru-guru Science Sekolah Rendah Lumapas. Acara di mulakan dengan ucapan Guru Besar, Cikgu Haji Muhd Nikman Bin Haji Muhd Isa dan seterusnya merasmikan aktiviti tersebut.

Aktiviti pertama bagi minggu Science adalah dari murid-mu
rid Tahun 1A, 1B dan 1C. Aktiviti mereka ialah "Name the Sense Organs and its function".

Selesai aktiviti Science Tahun 1, penyampaian Hadiah bagi pemenang-pemenang wakil murid Tahun 1A, 1B dan 1C.


Pelancaran Minggu Science Tahun 2012

Ucapan perasmian oleh Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas

Soalan Science bagi murid Tahun 1A, 1B dan 1C

Salah seorang wakil lelaki Tahun 1 cuba untuk menjawap soalan yang diberikan.

Murid perempuan Tahun 1 sedang menyusun jawapan di tempat yang betul.

Jawapan yang telah diberikan oleh murid Tahun 1.

Para pemenang yang berjaya menjawap soalan dengan betul.

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.

Guru Besar dan Guru Science Tahun 1 bergambar ramai bersama dengan Pemenang dari Tahun 1A, 1B dan 1C.

Nita/SRLumapas