CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 8 June 2009

MAJLIS DIALOG PENDIDIKAN PENCEGAHAN RASUAH BERSAMA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU SEKOLAH DAERAH BRUNEI DAN MUARA

Majlis tersebut telah berlangsung pada hari Sabtu 12 Jamadilakhir 1430 Hijrah bersamaan dengan 6 Jun 2009, bertempat di Dewan Kuliah, Institut Tahafiz Al- Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Tutong.


Guru Besar dan Penolong Guru Besar sekolah kita juga telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.

Majlis tersebut adalah anjuran daripada Biro Mencegah Rasuah Jabatan Perdana Menteri

Dengan Kerjasama :
- Jabatan Perkembangan Kurikulum, Jabatan sekolah-sekolah,Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan
- Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama

Disokong oleh :
- Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn. Bhd




Objektif Pendidikan Pencegahan Rasuah ialah :

1. Mewujudkan kesedaran tentang bahaya rasuah kepada pelajar-pelajar.

2. Melahirkan genarasi yang berintegriti,berwibawa dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan dan ketenteraman negara dari segi pengurusan dan pentadbiran.

3. Menanamkan kesedaran di kalangan rakyat dan penduduk negara ini tentang bahaya dan risiko rasuah.

4. Mengelakkan individu dari memiliki sifat yang tamak tanpa melihat kepentingan masyarakat dan negara secara amnya.

5. Mewujudkan individu dan masyarakat yang sentiasa cekap,jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Pendidikan Pencegahan Rasuah diajarkan kepada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah kerajaan dan bukan kerajaan.

Bentuk dan cara penyerapan dan penyaluran pendidikan asas pencegahan rasuah adalah melalui mata-mata pelajaran Komputer, Muzik di peringkat rendah bawah
( Tahun 1-3 ) dan mata pelajaran Melayu Islam Beraja di peringkat rendah atas (Tahun 4 -6) dan bahagian menengah (Tahun 7-11)

Taklimat ini juga menerangkan topik-topik Pendidikan Pencegahan Rasuah iaitu menjurus kepada pendidikan budi pekerti seperti kejujuran,amanah,ikhlas,ketaatan, berdisiplin dan lain-lain yang berkaitan dengan moral dan akhlak yang mulia. Sifat-sifat seumpama ini adalah perlu ditekankan sebagai asas membina ketahanan diri pelajar bagi mengelakkan perbuatan yang bercanggah dengan undang-undang agama dan undang-undang negara terutama dalam melakukan rasuah.

0 comments:

Post a Comment