CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 12 July 2011

Pelancaran Minggu Lukisan " Fun With Arts And Crafts "




Persembahan nyanyian mengenai dengan warna telah disampaikan oleh
murid-murid dari Tahun 3C

Murid-murid sedang leka mewarna lukisan mereka.

Kempen 500 tandatangan


Pelancaran bagi minggu Lukisan telah dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas iaitu Cikgu Haji Muhd. Nikman bin Haji Muhd. Isa pada Hari Sabtu yang lepas bersamaan dengan 9 haribulan Julai 2011. Majlis itu berlangsung di dewan Sekolah Rendah Lumapas. Pelancaran itu bermula pada pukul 7.30 pagi iaitu diambil pada waktu Ko-Kurikulum. Aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah peraduan melukis dan mewarna bagi murid-murid Pra sekolah hingga Tahun lima.


Selain daripada itu acara kempen 500 tandatangan juga diadakan bersempena dengan Hari Keputeraan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 65 tahun.




Lina/srlumapas

Friday 8 July 2011

Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan murid

Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan murid ini telah berlangsung pada hari Jumaat 8 hb Julai 2011 bertempat di Dewan Sekolah Rendah Lumapas. Majlis tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Kami sebagai wakil dari Sekolah Rendah Lumapas mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibubapa yang berkesudian untuk sama-sama menjayakan acara ini bagi sama-sama memantau perkembangan akademik anak-anak mereka sendiri.



Lina/srlumapas