CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 20 November 2012

Orientasi bagi murid - murid Prasekolah Tahun 2013


Isnin, 19 hb November 2012 telah bermulanya orientasi bagi muid-murid prasekolah bagi tahun 2013. Orientasi tersebut berjalan selama lima hari iaitu mulai 19 hb November dan akan berakhir pada  24hb November. Orientasi tersebut adalah untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid baru untuk menyesuaikan diri di alam persekolahan nanti. Antara aktiviti yang telah dibuat adalah seperti menyanyi, mewarna dan melawat ke bilik-bilik khas seperti bilik guru besar, bilik penolong guru besar, bilik kerja guru dan juga perpustakaan sekolah.


















Menaik Taraf dan Pengubahsuaian sekolah

Laluan khas dibina di hadapan bilik Unit Pendidikan Khas.

 Di hadapan bilik Khas English

 Pagar dipasang di kawasan menunggu.

Saturday 10 November 2012

Jumaat, 2 November, Sekolah Rendah Lumapas telah mengadakan SRL Amazing Maths Race. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Padang Serbaguna Sekolah Rendah Lumapas ini  ialah Yang Berhormat Awang Haji Jumat bin Akim. Beliau juga berkesudian menyampaikan kata-kata aluan bagi majlis tersebut. Guru Besar Sekolah Lumapas juga menjemput Tetamu Kehormat untuk merasmikan pelancaran Srl Amazing Maths Race.

Sebanyak tujuh jenis permainan yang disediakan pada acara tersebut bagi setiap kategori mengikut tahun pembelajaran murid-murid di sekolah ini. Ibubapa juga dialu-alukan untuk menyertai permainan yang telah disediakan.

Acara tersebut adalah bertujuan untuk mengembangkan kesedaran murid dalam menggabungkan nombor dan keempat-empat operasi dalam kehidupan seharian.



              Yang Berhormat Awang Haji Jumat bin Akim berkesudian menyampaikan kata-kata aluan.

Tetamu Kehormat berkenan untuk merasmikan pelancaran SRL Amazing Maths Race


Permainan dari Tahun 3

Ibubapa yang mengikuti permainan yang disediakan





Hadiah-hadiah bagi pemenang setiap acara.