
Majlis ini telah berlangsung pada 17 Oktober yang lepas bertempat di dewan Sekolah Rendah Lumapas. Di dalam majlis tersebut juga telah diadakan beberapa buah persembahan nyanyian, tarian dan juga pertandingan fesyen pakaian bagi murid-murid sekolah.
Selesai persembahan, murid-murid juga telah berkesempatan untuk bersalaman dengan semua guru-guru. Setelah majlis tersebut selesai, Guru Besar dan Penolong Guru Besar serta guru-guru yang lain telah sudi membuat kunjungan berhari raya ke setiap bilik darjah serta beramah mesra dengan murid-murid.
Acara penutup pada hari tersebut ialah acara menikmati juadah hari raya yang diadakan bertempat di bilik masyuarat.
Saturday, 24 October 2009
Majlis Sambutan Hari Raya 2009
Posted by Lina &Nita at 6:27 PM 0 comments
Wednesday, 16 September 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari kami seluruh warga Sekolah Rendah Lumapas Kawasan Brunei IV.Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita
Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban
Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya
Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira
Sumber: Selekta

Posted by Lina &Nita at 12:23 AM 0 comments
Wednesday, 26 August 2009

Posted by Lina &Nita at 10:22 AM 0 comments
Thursday, 23 July 2009
Perjumpaan Guru Besar,Penolong Guru Besar serta Guru-guru Sekolah Rendah Lumapas
Perkara : Mesyuarat Perjumpaan Guru Besar dan Penolong Guru Besar serta Guru-guru
Tempat : Bilik Mesyuarat
Tarikh : 22 Julai 2009 ( Hari Rabu )
Jam : 2:00 - 4.00 petang
Mesyuarat pada petang itu telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dipimpin oleh Cikgu Azhar Bin Hamzah, Penolong Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas.
Dalam Mesyuarat tersebut Guru Besar, Cikgu Hjh Gusni sempat mengalu-alukan kedatangan 3 orang guru baru yang bertugas di sekolah ini.
Agenda yang lain ialah :
- Peraturan memohon keluar semasa waktu bekerja.
- Kehadiran bertugas bagi guru-guru.
- Teruskan membaca Doa tolak bala sebelum memulakan pembelajaran bagi period 1 sahaja.
- Membincangkan tentang wabak Influenza A H1N1 dan pembahagian tanggungjawab semasa menjalankan pemeriksaan suhu badan murid-murid.
- Mengingatkan murid-murid tentang menjaga kebersihan diri.
- Membincangkan tentang Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (Analisis keputusan Peperiksaan ) dan masalah murid dalam menjawab kertas soalan peperiksaan.
- Perjumpaan ibu bapa bagi menyain rekod kemajuan murid-murid di tiadakan.
- Penggunaan Internet wireless bagi kemudahan guru-guru.
- Projek Intervensi dan Numerasi.
- Persediaan Mengajar (Lesson Plan).
- Membincangkan aktiviti keagamaan bagi murid-murid rendah bawah dan rendah atas pada waktu ko-kurikulum.
- Majlis Khatam Al-Quran Kawasan Brunei IV, akan diadakan pada 11hb Sept 2009 bertempat di Sekolah rendah PB Limau Manis. Guru-Guru Sekolah Rendah Lumapas di berikan Juzuk 25 - 26 untuk dibaca.
Posted by Lina &Nita at 9:46 AM 0 comments





