CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 28 February 2012

PERJUMPAAN IBU BAPA/ PENJAGA BAGI MURID UPK

28hb Februari 2012 Selasa, 8.30 Pagi telah diadakan perjumpaan diatas bersama dengan Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas, Cikgu Haji Muhd Nikman Bin Haji Muhd Isa dan guru Unit Pendidikan Khas, Cikgu Abd Rahim Bin Haji Latiff.

Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk menerangkan kepada Ibu Bapa mengenai dengan pencalonan anak mereka untuk penyusunan istimewa 'special arrangement' yang akan disediakan semasa peperiksaan P.S.R 2012 nanti. Ia juga diselajurkan dengan menandatangani borang 'request service for special exam arrangement' yang disediakan.

Penyusunan istimewa 'special arrangement' yang dipohonkan ini ialah dengan adanya:
1. Readers'/ pembaca
2. Bilik khas iaitu berasingan dengan pelajar lain semasa peperiksaan
3. Tempoh masa peperiksaan di panjangkan.

Guru Besar memberikan penerangan kepada Ibu Bapa murid REP.

Ibu Bapa sedang menulis borang persetujuaan yang telah diberikan.


Guru Besar dan Guru Pendidikan Khas sedang berbincang secara informal.


Ibu Bapa berbincang dengan Guru Besar dan Guru UPK.


Ibu Bapa sedang membaca isi kandungan borang khas untuk diisi.

Bacaan Surah Al Asr bagi mengakhiri sesi perjumpaan pada pagi tersebut.


Nita/SRLumapas

1 comments:

Lumapas

We try to help our students by all means...

Post a Comment