CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 28 February 2012

MINGGU MATHEMATICS SRLUMAPAS 2012


Selasa Pagi, 28hb Februari 2012. Aktiviti Minggu Mathematics telah dimulakan. Aktiviti pada pagi ini tertumpu kepada murid-murid Tahun 1A, 1B dan 1C dan Tahun 2A, 2B dan 2C sahaja.

Aktiviti murid Tahun 1 adalah mengail nombor pada tin mengikut arahan guru Matematik. Manakala aktiviti Tahun 2 dinamakan "Bond Numbers".

Guru Matematik Tahun 1 sedang memberikan arahan kepada murid-muridnya.

Murid-murid Tahun 1C sedang mencari nombor yang diberikan untuk dikail.

Cikgu Haji Shafiee sedang memeriksa jawapan murid Tahun 1A.

Wakil lelaki dari murid Tahun 1A berjaya mengail tin mengikut nombor yang diberikan.

Murid Tahun 1 yang berjaya menjawap soalan dengan betul.

"Mr Ten"

Guru Matematik Tahun 2 sedang memberikan soalan kepada murid-muridnya.

Guru Matematik mengeluarkan nombor 6 dan nombor berapa yang dapat digabungkan untuk menjumlahkan menjadi 10?

Murid Tahun 2 yang ikut serta dalam aktiviti "Bond Numbers".

Hadiah bagi pemenang-pemenang yang mengikuti aktiviti yang telah diberikan.

Guru Besar memberikan hadiah kepada murid Tahun 1.

Guru Besar memberikan hadiah kepada pemenang Tahun 2.
Para pemenang bergambar beramai-ramai dengan Guru Besar beserta dengan Guru Matematik Tahun 1 dan Tahun 2.

Nita/SRLumapas

1 comments:

Lumapas

Well done teachers!!! Bravo dear students for your active participation!!!

Post a Comment