CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 3 April 2012

PERTANDINGAN KEJOHANAN BADMINTON, SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH, ZON BRUNEI IV

Pada hari Khamis, 29hb Mac 2012. Pertandingan akhir kejohanan Badminton bagi Sekolah-Sekolah Rendah, Zon Brunei IV telah diadakan di Kompleks Sukan Sungai Kebun.

Tetamu kehormat pada Majlis tersebut ialah Yang Mulia, Cikgu Haji Amzah Bin Haji Sabtu. Penyelia kanan Daerah Brunei IV.

Antara jemputan yang hadir pada hari tersebut terdiri daripada Pegawai-Pegawai dari Jabatan Kokurikulum, Guru-Guru Besar, Penolong-Penolong Guru Besar, Hakim dan pengadil jemputan.

Acara dimulakan dengan pertandingan perseorangan Perempuan dari Sekolah Rendah Panchor Murai bertemu dengan Sekolah Rendah Kasat. Pemenang bagi pertandingan perseorangan perempuan disandang oleh Sekolah Rendah Kasat.

Acara diteruskan dengan pertandingan perseorang bagi Lelaki dari Sekolah Rendah Sengkurong bertemu Sekolah Rendah Bengkurong. Pemenang bagi pertandingan perseorangan Lelaki disandang oleh Sekolah Rendah Sengkurong.

Acara berikutnya pertandingan Bergu Lelaki dari Sekolah Rendah Bengkurong bertemu Sekolah Rendah Sengkurong. Pemenang bagi pertandingan Bergu Lelaki disandang oleh Sekolah Rendah Bengkurong.


Acara kemuncak adalah Pertandingan Bergu Perempuan dari Sekolah Rendah Lumapas bertemu Sekolah Rendah Junjungan. Pemenang bagi pertandingan Bergu Perempuan disandang oleh Sekolah Rendah Lumapas.

Seterusnya penyampaian Hadiah Kejohanan Badminton yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Cikgu Haji Amzah Bin Haji Sabtu.

Jamuan

Bersurai


Buku program pada hari tersebut.


Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada pemenang




Bergambar bersama Jurulatih pasukan iaitu Cikgu Haji Shafiee bin Morni. Tahniah kepada pasukan kita kerana telah berjaya menjadi Johan dalam pertandingan bergu perempuan.

Tetamu Kehormat bergambar bersama-sama para pemenang.

Nita/Srlumapas

2 comments:

Lumapas

Syukur Alhamdulillah.... Congrats to bergu perempuan for your excellent jobs! Yu deserve to be Champs! To the rest you will get your turn in the future... To all SR LUMAPAS staffs, thank you for your excellent jobs, commitment and coopertaion towards the success of the event. BRAVO!!!

Anonymous

Thank You so much for the compliment :)

Post a Comment