CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 18 April 2012

Program USAI anjuran Bahagian Kaunseling dan Bakat Kerja.

Pada hari Isnin, 2hb April 2012 yang lalu telah berlangsung ceramah bertajuk 'Sama tapi tak serupa' yang telah dikendalikan di Dewan Sekolah Rendah Lumapas. Ceramah ini melibatkan guru-guru dari 4 buah sekolah iaitu guru-guru dari Sekolah Rendah Lumapas, Sekolah Rendah Kasat, Sekolah Rendah Putat dan Sekolah Rendah NAR Menunggol. Ceramah ini disertai oleh lebih 80 orang guru.

Ceramah Program Usai disampaikan oleh Cikgu Haji Shahdani bin Haji Asmat, Pegawai dari Unit Bahagian Bimbingan, Kaunseling dan Kerjaya,Jabatan Sekolah-sekolah. Program Usai yang bertajuk 'Sama tapi tak serupa' bertujuan untuk menerangkan tentang pentingnya disiplin dan kaunseling dalam membentuk diri pelajar.Cara pendekatan yang berbeza namun mempunyai tujuan yang sama iaitu membentuk pelajar kepada yang lebih baik.

Adalah penting bagi guru bahagian Disiplin bekerjasama dengan guru kaunseling untuk membantu pelajar. Kita tidak menjangkakan perubahan mendadak dari diri pelajar, pendekatan yang perlahan dan lembut boleh memberikan impak yang lebih besar dan mendalam dalam diri mereka. Dalam menghadapi masalah pelajar, kita hendaklah mengkaji puncanya kerana setiap perkara yang berlaku itu ada sebabnya. Kita hendaklah sabar dan sentiasa berinteraksi dengan pelajar,bukakan peluang dan kesempatan untuk mereka bersuara dan meluahkan isi hati mereka.

Cg Norafiza binti Awg Osman ( Guru Pemimbing Sekolah ) sebagai pemudah cara.

Cg Hj Shahdani bin Hj Asmat ( Pegawai Kaunseling ) sebagai penceramah

Antara Guru yang hadir mendengar ceramah berkenaan.


Guru Besar NAR Menunggol dan GB Sr Lumapas sama-sama menghadiri majlis berkenaan

Petikan Sabda Nabi S.A.W sebagai pegangan & renungan bersama

Wakil dari Sekolah Putat


Wakil dari Sekolah Nar Menunggol dan Lumapas

0 comments:

Post a Comment