CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 13 February 2010

Penerangan tentang ' Personal Hygiene dan juga Influenza H1N1

Penerangan tentang cara-cara menjaga kebersihan diri ( Personal Hygiene ) dan juga tentang Penyakit Influenza H1N1 telah diadakan di sekolah pada 8 Februari 2010 bersamaan dengan 23 Safar 1431.Acara tersebut telah berlangsung di dewan Sekolah Rendah Lumapas kira-kira pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 9.45 pagi.Murid-murid yang terlibat adalah terdiri daripada murid-murid dari Rendah Atas.

Penerangan mengenai Personal Hygiene telah disampaikan oleh Hajah Jamilah Binti Haji Md. Ali dari School Health Promotion Unit, Department of schools, Ministry of Education Negara Brunei Darussalam. Manakala Penerangan mengenai dengan Influenza H1N1 telah disampaikan oleh Dr. Hajah Zaleha Binti Haji Mesli, Pegawai Perubatan Kanan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Kementerian Kesihatan.





Murid-murid sedang mendengar penerangan tersebut


Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada kedua-dua jemputan

Lina/srlumapas

0 comments:

Post a Comment