CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 26 February 2010

Acara Penutup Minggu Bahasa Melayu

Murid-murid sedang memerhatikan kawan-kawan mereka menjawab soalan

Hadiah-hadiah yang disediakan


Persembahan koir

Murid sedang menjawab soalan kuiz

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Guru Besar

Pada 20 haribulan Februari yang lepas telah berlangsungnya Acara Penutup Bagi Minggu Bahasa Melayu yang telah diadakan bertempat di kawasan perbarisan pagi. Acara dimulakan dengan perembahan Syarahan daripada murid-murid dari Rendah Atas. Persembahan koir lagu patriotik Negara Brunei Darussalam juga dipersembahkan pada pagi tersebut. Aktiviti meneka huruf bagi murid-murid Pra. Wakil sekolah bagi pertandingan Mari Bercerita juga sempat berkongsi cerita dengan murid-murid yang lain.

Acara tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah-hadiah bagi murid-murid yang telah berjaya dalam pertandingan berdialog, pertandingan membaca berita dan juga menjawab kuiz. Guru Besar Cikgu Hajah Gusni telah berkesudian menyampaikan hadiah pada pagi tersebut.

Minggu Bahasa Melayu ini diketuai oleh Cikgu Amieza binti Dukong dan diucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah terlibat dalam menjayakan acara tersebut.

Hadis-hadis Nabi shallallahu alaihi wa sallam :
Barang siapa melepaskan dari seorang muslim suatu kesulitan di dunia, Allah akan melepaskan kesulitan darinya pada
hari kiamat; dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama ia (suka) menolong saudaranya (HR. Muslim dari Abu
Hurairah).

Lina/srlumapas

0 comments:

Post a Comment