CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 10 November 2012

Jumaat, 2 November, Sekolah Rendah Lumapas telah mengadakan SRL Amazing Maths Race. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Padang Serbaguna Sekolah Rendah Lumapas ini  ialah Yang Berhormat Awang Haji Jumat bin Akim. Beliau juga berkesudian menyampaikan kata-kata aluan bagi majlis tersebut. Guru Besar Sekolah Lumapas juga menjemput Tetamu Kehormat untuk merasmikan pelancaran Srl Amazing Maths Race.

Sebanyak tujuh jenis permainan yang disediakan pada acara tersebut bagi setiap kategori mengikut tahun pembelajaran murid-murid di sekolah ini. Ibubapa juga dialu-alukan untuk menyertai permainan yang telah disediakan.

Acara tersebut adalah bertujuan untuk mengembangkan kesedaran murid dalam menggabungkan nombor dan keempat-empat operasi dalam kehidupan seharian.



              Yang Berhormat Awang Haji Jumat bin Akim berkesudian menyampaikan kata-kata aluan.

Tetamu Kehormat berkenan untuk merasmikan pelancaran SRL Amazing Maths Race


Permainan dari Tahun 3

Ibubapa yang mengikuti permainan yang disediakan





Hadiah-hadiah bagi pemenang setiap acara.

0 comments:

Post a Comment