CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 5 May 2012

Sambutan Global Week di Sekolah Rendah Lumapas

Pada 28 April telah diadakan sambutan Global Week 2012 di Sekolah Rendah Lumapas.Acara tersebut dimulai dengan ucapan kata-kata aluan dari Guru Besar dan selepas itu diikuti pula acara senaman aerobik beramai-ramai.Antara permainan tradisi yang telah dipersembahkan seperti permainan lompat gelang getah, permainan tarik upih, permainan kayu tiga, permainan carah, permainan guli dan juga permainan baling getah. 

Dalam acara tersebut, murid-murid dan guru-guru berpeluang untuk mencuba setiap permainan yang dipersembahkan. Diharap murid-murid akan dapat mengenal dan tidak akan melupakan permainan-permainan tradisi tersebut walaupun mereka telah meningkat dewasa.



Lina/srlumapas

0 comments:

Post a Comment