CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 13 March 2012

PERTANDINGAN AZAN DAN AYAT-AYAT LAZIM

Sabtu, 10hb Mac 2012, Sekolah Rendah Lumapas telah mengadakan pertandingan Azan dan Ayat-Ayat Lazim bagi pelajar-pelajar Tahun 4,5 dan 6.

Acara pada pagi itu di mulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Ustaz Haji Muhd Bukhari Bin Haji Aji.

Seterusnya ucapan alu-aluan dari Penolong Guru Besar, Cikgu Azhar Bin Hamzah.

Para Hakim pertandingan Azan dan Ayat-Ayat Lazim.


Senarai nama peserta yang ikut bertanding.

Hakim-hakim terdiri daripada guru-guru Sekolah Rendah Lumapas iaitu:
1. Ustaz Haji Muhd Bukhari Bin Haji Aji
2. Ustazah Hajah Sinun Binti Haji Nayan
3. Ustazah Royhana Binti Awg Ambun
4. Cikgu Zainab Binti Haji Braim

Seramai 4 orang peserta murid lelaki dan 4 orang peserta murid perempuan mengikuti pertandingan tersebut.


Muhd Aiman Azmi sedang melaungkan azan subuh.


Md Ilmi Hamizan peserta Tahun 4A.


Abdul Muiz peserta Tahun 6A.


Mohd Faiz Faizzi peserta Tahun 6A.


Murid-murid Tahun 4,5 dan 6 sedang menyaksikan pertandingan tersebut.


Saidatul Nur Zahidah peserta Tahun 5A.


Nurhaziqah peserta Tahun 5A.


Aimuni Malikah peserta Tahun 5B.

Murid perempuan dari Tahun 4,5 dan 6 turut menyaksikan pertandingan dengan senyap.


Juruacara pada majlis tersebut, Cikgu Dyg Norafiza Binti Awg Osman.

Seterusnya persembahan Nasyid dari murid-murid perempuan Tahun 4,5 dan 6 bagi memberi laluan hakim untuk mengira markah para peserta.




Majlis penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas, Cikgu Haji Muhd Nikman Bin Haji Muhd Isa.

Pemenang peraduan Azan.


Pemenang Peraduan Ayat-Ayat Lazim.


Para peserta bergambar ramai beserta dengan hadiah masing-masing.


Pemenang bagi pertandingan Azan di sandang oleh Md Aiman Azmi Bin Haji Sahari dari Tahun 4A. Manakala pemenang bagi pertandingan Ayat-ayat Lazim di sandang oleh Saidatul Nur Zahidah Binti Haji Alias dari Murid Tahun 5A.


Bagi mengakhiri majlis pada pagi itu, bacaan doa selamat telah dibacakan oleh Cikgu Sazil Amri Bin Abd Rahman.

Pemenang bagi peraduan ini seterusnya akan mewakili sekolah untuk pertandingan Kawasan Zon Brunei IV. Semoga wakil sekolah ini akan dapat berlatih bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan yang cemerlang dan mengharumkan nama Sekolah Rendah Lumapas. Amiiiin..

Nita/SRLumapas

1 comments:

Lumapas

Tahniah kepada pelajar yg terpilih untuk mewakili sekolah!

Post a Comment