CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 4 April 2011

Hari Hijau Sekolah Rendah Lumapas / SRL Greenday


Hari hijau Sekolah Rendah Lumapas dilaksanakan pada 29hb Januari 2011, hari Sabtu yang telah melibatkan semua guru-guru, kakitangan dan murid-murid sekolah ini. Disamping itu juga, acara ini juga melibatkan dan meminta sokongan daripada ibu bapa murid untuk meminta sumbangan yang berbentuk bunga-bunga dan tumbuhan-tumbuhan bagi menjayakan acara tersebut.

Ia adalah salah satu daripada projek SLP (School Leadership Programme) yang telah pun berjalan sejak November 2010 yang lalu. Selain projek berkebun, satu lagi projek yang dijalankan ialah projek Fantastic 4 yang mengetengahkan kepada mata pelajaran Matematik. Ini kerana, mata pelajaran tersebut didapati mata pelajaran yang masih lemah dikalangan murid-murid.



0 comments:

Post a Comment