CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 6 July 2009

Pemeriksaan H1N1 Selepas Cuti Penggal Kedua ( Hari Pertama )


Hari ini sekolah mula dibuka setelah bercuti. Pintu masuk ke kawasan sekolah sesak kerana pemeriksaan sedang dijalankan. Jawatankuasa guru-guru bagi H1N1 ini telah dibahagikan tugas masing-masing bagi memastikan murid-murid diperiksa sebelum masuk ke dalam bilik darjah.

Hasil daripada pemeriksaan seramai 58 orang murid telah dimasukkan ke dalam bilik gerakkan kerana didapati menghidap batuk-batuk dan selsema walaupun suhu badan mereka tidak melebihi daripada 38 darjah selsius.

Ibu bapa bagi murid-murid tersebut telah dihubungi untuk mengambil anak-anak mereka dan dinasihatkan menjalani pemeriksaan lanjut di klinik-klinik yang berdekatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pemeriksaan kali kedua juga diadakan pada pukul 10.30 pagi iaitu selepas rehat. Guru-guru yang bertugas telah memeriksa suhu badan murid-murid dari darjah ke darjah. Pemantauan bagi suhu badan murid akan dilakukan lagi pada hari kedua persekolahan dan juga seterusnya.

0 comments:

Post a Comment