CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 8 March 2012

AKTIVITI MINGGU SCIENCE

Selasa pagi, 06hb Mac 2012. Aktiviti minggu science di sambung lagi bagi murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3.

Aktiviti murid Tahun 2A, 2B dan 2C adalah "Describing Non-Living Thing". Manakala Aktiviti bagi Tahun 3A, 3B dan 3C adalah "How animals move?"

Selesai aktiviti Tahun 2 dan Tahun 3, majlis penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang telah di sampaikan oleh Penolong Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas, Cikgu Azhar Bin Hamzah dan seterusnya bergambar ramai bersama pemenang dan Guru Subjek Science Tahun 2 dan 3.
Aktiviti Science Tahun 2A, 2B dan 2C


Wakil murid Tahun 2 sedang menulis jawapan pada petak yang disediakan.


Cikgu Siti Nurhafizah sedang menyoal muridnya Tahun 2.


Soalan bagi Tahun 3A, 3B dan 3C.


Murid Tahun 3 menyusun gambar mengikut soalan yang diberikan.


Wakil murid perempuan sedang melekatkan jawapan pada petak soalan.


Soalan yang ketiga "Walk and Run"


Penolong Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Tahun 2 dan Tahun 3.


Penolong Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Tahun 3.


Penolong Guru besar bergambar ramai bersama dengan pemenang Tahun 2 dan Tahun 3 serta Guru Subjek Science Tahun 2 dan 3.


Nita/SRLumapas

Tuesday, 6 March 2012

PSR Mock Exam bagi Tahun 6

Peperiksaan Mock PSR bagi Tahun 6 Sekolah Rendah Lumapas telah bermula pada hari Isnin 5 haribulan Mac 2012 dan akan berakhir pada 8 haribulan Mac ini. Peperiksaan ini dijalankan di dewan Sekolah Rendah Lumapas.

Semoga pelajar-pelajar Tahun 6 akan dapat menjawap soalan-soalan dengan betul dan didoakan agar lulus dalam peperiksaan tersebut, Amin Ya Rabbal Alamin.










Lina/srlumapas

PERASMIAN MINGGU SCIENCE SRLUMAPAS TAHUN 2012

Isnin,05hb Mac 2012, Satu acara perasmian Minggu Science telah dilancarkan oleh guru-guru Science Sekolah Rendah Lumapas. Acara di mulakan dengan ucapan Guru Besar, Cikgu Haji Muhd Nikman Bin Haji Muhd Isa dan seterusnya merasmikan aktiviti tersebut.

Aktiviti pertama bagi minggu Science adalah dari murid-mu
rid Tahun 1A, 1B dan 1C. Aktiviti mereka ialah "Name the Sense Organs and its function".

Selesai aktiviti Science Tahun 1, penyampaian Hadiah bagi pemenang-pemenang wakil murid Tahun 1A, 1B dan 1C.


Pelancaran Minggu Science Tahun 2012

Ucapan perasmian oleh Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas

Soalan Science bagi murid Tahun 1A, 1B dan 1C

Salah seorang wakil lelaki Tahun 1 cuba untuk menjawap soalan yang diberikan.

Murid perempuan Tahun 1 sedang menyusun jawapan di tempat yang betul.

Jawapan yang telah diberikan oleh murid Tahun 1.

Para pemenang yang berjaya menjawap soalan dengan betul.

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.

Guru Besar dan Guru Science Tahun 1 bergambar ramai bersama dengan Pemenang dari Tahun 1A, 1B dan 1C.

Nita/SRLumapas


Lawatan guru-guru dan kakitangan ke DST




Bangunan DST

Penerangan yang disampaikan.

Dayang Norafidah sedang menerangkan langkah-langkah keselamatan jika berlakunya kebakaran.

Video yang ditunjukkan.




Guru-guru sedang mendengar maklumat yang disampaikan.

Cenderahati dari pihak DST yang disampaikan oleh Hj Wahab.



Pada 1 Mac 2012 yang lepas warga Sekolah Rendah Lumapas telah mengadakan lawatan ke DST Kristal Fm di Jalan Tungku Gadong.Sebelum itu guru -guru dan kakitangan diberikan taklimat tentang sejarah penubuhan dan pencapaiannya.Kami juga diterangkan tentang langkah-langkah keselamatan apabila berlakunya kecemasan semasa lawatan dijalankan. Kami juga dibawa melawat ke tingkat 12 bangunan DST , bilik aduan 151 dan juga bilik penyiaran radio Kristel Fm. Lawatan tersebut barakhir kira-kira 4.30 petang.

Seluruh warga Sekolah Rendah Lumapas mengucapkan ribuan terima kasih diatas layanan baik yang diberikan oleh pihak DST.

Lina/srlumapas

Monday, 5 March 2012

AKTIVITI MINGGU MATHEMATICS

Hari Sabtu, 03hb Mac 2012. Aktiviti minggu Mathematics dijalankan pada pagi tersebut dimulakan dengan aktiviti murid Tahun 5.

Aktiviti bagi murid Tahun 5A, 5B dan 5C adalah "Subtraction 5 digit numbers with 5 digit numbers".

Seterusnya penyampaian Hadiah kepada murid-murid yang berjaya menjawap soalan dengan betul. Maka pada hari ini berakhirlah minggu Mathematics yang telah di jalankan selama 5 hari berturut-turut bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 5.


Nita/SRLumapas

Friday, 2 March 2012

March 2012 Calendars



Lina/srlumapas

Aktiviti Cabaran Mengeja (Bahasa Melayu)

Aktiviti cabaran Mengeja ini diadakan pada Hari Khamis 1 haribulan Mac 2012 iaitu pada pukul 7.30 hingga 7.35 pagi ( selama 5 minit ) .Aktiviti ini diadakan di bilik darjah masing-masing. Murid-murid yang terlibat adalah murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran murid dalam mengeja.


Murid-murid Tahun 3 sedang menjawab soalan.



Lina/srlumapas