CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 29 February 2012

AKTIVITI MINGGU MATHEMATICS

Rabu pagi, 29hb Februari 2012. Aktiviti Mathematics diteruskan lagi pada hari ini bagi Tahun 3A, 3B, 3C, 4A, 4B dan 4C.

Tahun 3 aktivitinya adalah "Adding numbers between thousands, hundreds, tens and ones" dan "Say the total amount of the numbers".

Manakala Tahun 4 aktiviti adalah "Adding 5 digit numbers with a 5 digit numbers". Guru Matematik Tahun 4 akan memberikan satu kertas soalan dan murid akan mencampur nombor mengikut Abjad yang ada pada kertas soalan tersebut.

Guru Matematik Tahun 3 sedang menerangkan kepada murid-muridnya.

"Say the total amount of the numbers"


Salah seorang murid tahun 3 tampil kehadapan untuk menjawap soalan yang diberikan.


Wakil murid perempuan Tahun 3 cuba menjawap soalan yang seterusnya.


Pemenang Tahun 3 yang berjaya menjawap soalan yang diberikan dengan betul.


Soalan bagi murid Tahun 4.


Murid Tahun 4 sedang tekun mencampur nombor pada kertas yang disediakan.


Murid lelaki Tahun 4


Guru Matematik Tahun 4 sedang menyemak jawapan salah seorang muridnya.


Murid perempuan Tahun 4 sedang mengira jawapan masing-masing.


Cikgu Ferinah sedang menyemak jawapan muridnya.


Tahun 4 sedang menulis jawapan mereka pada kertas yang disediakan.


Hadiah bagi pemenang aktiviti Matematik Bagi Tahun 3 dan Tahun 4.


Guru Besar memberikan hadiah kepada salah seorang pemenang bagi Tahun 3.


Guru Besar memberikan hadiah kepada salah seorang pemenang bagi Tahun 4.


Gambar kenang-kenangan dengan para pemenang murid Tahun 3 dan 4 bersama dengan Guru Besar dan Guru Matematik.


Nita/SRLumapas

Tuesday, 28 February 2012

PERJUMPAAN IBU BAPA/ PENJAGA BAGI MURID UPK

28hb Februari 2012 Selasa, 8.30 Pagi telah diadakan perjumpaan diatas bersama dengan Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas, Cikgu Haji Muhd Nikman Bin Haji Muhd Isa dan guru Unit Pendidikan Khas, Cikgu Abd Rahim Bin Haji Latiff.

Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk menerangkan kepada Ibu Bapa mengenai dengan pencalonan anak mereka untuk penyusunan istimewa 'special arrangement' yang akan disediakan semasa peperiksaan P.S.R 2012 nanti. Ia juga diselajurkan dengan menandatangani borang 'request service for special exam arrangement' yang disediakan.

Penyusunan istimewa 'special arrangement' yang dipohonkan ini ialah dengan adanya:
1. Readers'/ pembaca
2. Bilik khas iaitu berasingan dengan pelajar lain semasa peperiksaan
3. Tempoh masa peperiksaan di panjangkan.

Guru Besar memberikan penerangan kepada Ibu Bapa murid REP.

Ibu Bapa sedang menulis borang persetujuaan yang telah diberikan.


Guru Besar dan Guru Pendidikan Khas sedang berbincang secara informal.


Ibu Bapa berbincang dengan Guru Besar dan Guru UPK.


Ibu Bapa sedang membaca isi kandungan borang khas untuk diisi.

Bacaan Surah Al Asr bagi mengakhiri sesi perjumpaan pada pagi tersebut.


Nita/SRLumapas

MINGGU MATHEMATICS SRLUMAPAS 2012


Selasa Pagi, 28hb Februari 2012. Aktiviti Minggu Mathematics telah dimulakan. Aktiviti pada pagi ini tertumpu kepada murid-murid Tahun 1A, 1B dan 1C dan Tahun 2A, 2B dan 2C sahaja.

Aktiviti murid Tahun 1 adalah mengail nombor pada tin mengikut arahan guru Matematik. Manakala aktiviti Tahun 2 dinamakan "Bond Numbers".

Guru Matematik Tahun 1 sedang memberikan arahan kepada murid-muridnya.

Murid-murid Tahun 1C sedang mencari nombor yang diberikan untuk dikail.

Cikgu Haji Shafiee sedang memeriksa jawapan murid Tahun 1A.

Wakil lelaki dari murid Tahun 1A berjaya mengail tin mengikut nombor yang diberikan.

Murid Tahun 1 yang berjaya menjawap soalan dengan betul.

"Mr Ten"

Guru Matematik Tahun 2 sedang memberikan soalan kepada murid-muridnya.

Guru Matematik mengeluarkan nombor 6 dan nombor berapa yang dapat digabungkan untuk menjumlahkan menjadi 10?

Murid Tahun 2 yang ikut serta dalam aktiviti "Bond Numbers".

Hadiah bagi pemenang-pemenang yang mengikuti aktiviti yang telah diberikan.

Guru Besar memberikan hadiah kepada murid Tahun 1.

Guru Besar memberikan hadiah kepada pemenang Tahun 2.
Para pemenang bergambar beramai-ramai dengan Guru Besar beserta dengan Guru Matematik Tahun 1 dan Tahun 2.

Nita/SRLumapas

Monday, 27 February 2012

MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN MENGGUNAKAN MUZIK



Isnin pagi, 27hb Februari 2012. Satu pembaharuan telah dilakukan oleh guru kaunseling Sekolah Rendah Lumapas untuk murid-murid dan guru-guru iaitu menyanyikan lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan menggunakan muzik rasmi lagu kebangsaan Negara kita.

Bermula pada hari ini, semua murid-murid dan guru-guru akan menyanyikan lagu "Allah Peliharakan Sultan" dengan menggunakan muzik. Objektifnya adalah untuk mendidik semua warga sekolah menyanyi dan menghayati lirik dan lagu dengan lebih baik lagi.

Nita/SRLumapas

Saturday, 25 February 2012

MAJLIS MEMBACA YASSIN DAN DOA HARI KEBANGSAAN KALI KE 28.


Hari Sabtu 25hb. Febuari 2012 sekolah ini telah mengadakan majlis membaca Yassin berserta Doa Khas Hari Kebangsaan yang diadakan di dewan sekolah. Majlis tersebut melibatkan murid Prasekolah sehingga tahun 6. Antara tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk mengucapkan serta menyatakan rasa syukur kehadrat Allah Subahana Wataala atas limpah rahmat yang diberikan oleh kepada bumi Brunei Darussalam, dan juga untuk membesarkan hari kebangsaan Negara yang setiap tahun disambut pada 23hb Februari. Bacaan Yassin dan doa Khas hari kebangsaan telah disampaikan oleh Ustaz Hj Bukhari bin Hj Aji salah seorang guru ugama khas di sekolah ini.

Majlis pada pagi itu juga diikuti dengan ucapan daripada Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas dan seterusnya majlis penyampaian bendera kecil Brunei Darussalam kepada Murid PraSekolah, Tahun 1 dan tahun 2.

Majlis seumpama ini merupakan salah satu acara tahunan sekolah Rendah Lumapas yang diungkayahkan oleh Badan Ugama Sekolah Rendah Lumapas bagi memperingati Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 28 tahun. Pada tahun ini tema hari Kebangsaan ialah ‘ Negaraku Brunei Darussalam”.


Nita/SRLumapas


CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD S.A. W.

Petang Rabu 22hb. Feb 2012, Guru-guru dan kakitangan Sekolah Rendah Lumapas telah mendengar satu sessi ceramah bagi mengambil sukut sempena sambutan maulud Nabi Muhammad S.A.W. Ceramah ini adalah atas usaha badan perkembangan Staf yang telah berjaya menjemput seorang penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah. Penceramah undangan pada petang tersebut ialah Ustaz Haji Awg Amin bin Hj Mohd Yassin iaitu Penceramah Khas dari Pusat Dakwah Islamiah yang telah menyampaiakn sebuah tajuk ceramah “komitmen Kerja dalam Pandangan Islam”. Antara isi-isi penting yang dapat di ambil dari ceramah beliau pada petang tersebut ialah:

1. 1. Sentiasa mentaati Allah, Rasulullah dan Ulul’Amri( pemimpin).

2. 2. Jadikan kerja itu sebagai satu ibadah.

3. 3. Niat hendaklah betul dan jelas.

4. 4. Bekerja dengan cemerlang sesuai dengan ganjaran yang kita terima.

5. 5. Mempunyai sikap tanggungjawab dalam kerja yang diberikan.

Dalam ceramah tersebut beliau juga sempat menerangkan cara-cara supaya tidak akan timbul sikap khianat dalam menjalankan tugas yang telah di amanahkan kepada kita. Khianat dalam menjalankan tugas bermaksud, kita hendaklah menjalankan tugas yang diamanahkan sejujur-jujurnya dan supaya rezeki yang kita terima betul-betul halal dan mempunyai keberkatan dalam sepanjang hayat. Amalan beristifar sekurangnya 100 kali sehari dan juga berdoa merupakan cara yang amat mustajab bagi mengelakkan diri kita daripada berkhianat terhadap diri sendiri. Jika kita masih lagi melakukan khianat terhadap tugas yang di amanahkankan maka para ulama telah menyarankan untuk melakukan perkara tersebut seperti di bawah ini:

1. 1. Lakukan perbuatan tersebut pada tempat yang tidak dilihat oleh Allah.

2. 2. Tempat yang dipilih itu bukan ciptaan Allah.

3. 3. Segala keperluan hidup bukan ciptaan Allah.

Ceramah pada petang tersebut telah di akhiri dengan penyampaian cenderhati kepada Pencermah undangan yang disampaikan oleh YM Cg Hj Muhd Nikman bin Hj Muhd Isa, Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas serta bacaan Surah Al-Asr oleh Cg Hj Shafiee bin Hj Murni. Majlis pada petang tersebut berakhir kira-kira jam 4:30 petang.

Nita/SRLumapas

TAKLIMAT PERLAWANAN BADMINTON BAGI GURU-GURU PENGAWAS

Pada hari Rabu pagi, 22hb Februari 2012. Satu sesi taklimat guru-guru pengawas Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei IV bersama dengan pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum, telah diadakan di bilik Muzakarah Sekolah Rendah Lumapas.


Agenda pada perjumpaan itu adalah seperti berikut:
1. Peraturan dan syarat-syarat perlawanan badminton.
2. Menentukan tempat, tarikh dan masa perlawanan.
3. Membuat undian perlawanan.

Seramai 15 buah sekolah kerajaan dan sebuah sekolah swasta akan menyertai pertandingan badminton yang dijangka akan berlangsung pada 27hb hingga 29hb Mac 2012. Bertempat di Dewan Sekolah Sukan, Kampong Pulaie.

Pada tahun ini, Sekolah Rendah Lumapas telah diamanahkan untuk menjadi Tuan Rumah bagi perlawanan tersebut.

Nita/SRLumapas