Petang Rabu 22hb. Feb 2012, Guru-guru dan kakitangan Sekolah Rendah Lumapas telah mendengar satu sessi ceramah bagi mengambil sukut sempena sambutan maulud Nabi Muhammad S.A.W. Ceramah ini adalah atas usaha badan perkembangan Staf yang telah berjaya menjemput seorang penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah. Penceramah undangan pada petang tersebut ialah Ustaz Haji Awg Amin bin Hj Mohd Yassin iaitu Penceramah Khas dari Pusat Dakwah Islamiah yang telah menyampaiakn sebuah tajuk ceramah “komitmen Kerja dalam Pandangan Islam”. Antara isi-isi penting yang dapat di ambil dari ceramah beliau pada petang tersebut ialah:
1. 1. Sentiasa mentaati Allah, Rasulullah dan Ulul’Amri( pemimpin).
2. 2. Jadikan kerja itu sebagai satu ibadah.
3. 3. Niat hendaklah betul dan jelas.
4. 4. Bekerja dengan cemerlang sesuai dengan ganjaran yang kita terima.
5. 5. Mempunyai sikap tanggungjawab dalam kerja yang diberikan.
Dalam ceramah tersebut beliau juga sempat menerangkan cara-cara supaya tidak akan timbul sikap khianat dalam menjalankan tugas yang telah di amanahkan kepada kita. Khianat dalam menjalankan tugas bermaksud, kita hendaklah menjalankan tugas yang diamanahkan sejujur-jujurnya dan supaya rezeki yang kita terima betul-betul halal dan mempunyai keberkatan dalam sepanjang hayat. Amalan beristifar sekurangnya 100 kali sehari dan juga berdoa merupakan cara yang amat mustajab bagi mengelakkan diri kita daripada berkhianat terhadap diri sendiri. Jika kita masih lagi melakukan khianat terhadap tugas yang di amanahkankan maka para ulama telah menyarankan untuk melakukan perkara tersebut seperti di bawah ini:
1. 1. Lakukan perbuatan tersebut pada tempat yang tidak dilihat oleh Allah.
2. 2. Tempat yang dipilih itu bukan ciptaan Allah.
3. 3. Segala keperluan hidup bukan ciptaan Allah.
Ceramah pada petang tersebut telah di akhiri dengan penyampaian cenderhati kepada Pencermah undangan yang disampaikan oleh YM Cg Hj Muhd Nikman bin Hj Muhd Isa, Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas serta bacaan Surah Al-Asr oleh Cg Hj Shafiee bin Hj Murni. Majlis pada petang tersebut berakhir kira-kira jam 4:30 petang.Nita/SRLumapas
1 comments:
Sesungguhnya...Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik contoh dan ikutan oleh Umatnya.... Selawat dan Salam ke atas Baginda....
Post a Comment