Acara bermula pada jam 10.45 pagi dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang mulia Ustaz Haji Muhd Bukhari Bin Haji Aji.
Kemudian taklimat Prefek disampaikan oleh Cikgu Norafiza Binti Osman, Guru Kaunseling Sekolah Rendah Lumapas.
Acara di lanjutkan dengan taklimat kedua mengenai Tugas dan Tanggungjawab Prefek Bagi Tahun 2012 yang disampaikan oleh Cikgu Siti Nor Hafizah Binti Haji Duraim, Pengawas Prefek Sekolah Rendah Lumapas.
Seterusnya Prefek-Prefek diberikan ceramah Motivasi dan Aktiviti oleh Cikgu Norafiza Binti Osman, Guru Kaunseling Sekolah Rendah Lumapas.
Bagi memberkati taklimat pada pagi tersebut bacaan Doa Selamat telah di bacakan oleh Ustaz Haji Muhd Bukhari Bin Haji Aji dan seterusnya majlis bersurai.
Nita/SRLumapas
0 comments:
Post a Comment