CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 26 August 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
AL-MUBARAK

Kami Warga Sekolah Rendah Lumapas ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.







Thursday, 23 July 2009

Perjumpaan Guru Besar,Penolong Guru Besar serta Guru-guru Sekolah Rendah Lumapas

Perkara : Mesyuarat Perjumpaan Guru Besar dan Penolong Guru Besar serta Guru-guru
Tempat : Bilik Mesyuarat
Tarikh : 22 Julai 2009 ( Hari Rabu )
Jam : 2:00 - 4.00 petang


Mesyuarat pada petang itu telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dipimpin oleh Cikgu Azhar Bin Hamzah, Penolong Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas.

Dalam Mesyuarat tersebut Guru Besar, Cikgu Hjh Gusni sempat mengalu-alukan kedatangan 3 orang guru baru yang bertugas di sekolah ini.


Agenda yang lain ialah :
  •  Peraturan memohon keluar semasa waktu bekerja.
  •  Kehadiran bertugas bagi guru-guru.
  • Teruskan membaca Doa tolak bala sebelum memulakan pembelajaran bagi period 1 sahaja.
  •  Membincangkan tentang wabak Influenza A H1N1 dan pembahagian tanggungjawab semasa  menjalankan pemeriksaan suhu badan murid-murid.
  • Mengingatkan murid-murid tentang menjaga kebersihan diri.
  •  Membincangkan tentang Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (Analisis keputusan Peperiksaan ) dan masalah murid dalam menjawab kertas soalan peperiksaan.
  • Perjumpaan ibu bapa bagi menyain rekod kemajuan murid-murid di tiadakan. 
  •  Penggunaan Internet wireless bagi kemudahan guru-guru.
  • Projek Intervensi dan Numerasi.
  • Persediaan Mengajar (Lesson Plan).
  •  Membincangkan aktiviti keagamaan bagi murid-murid rendah bawah dan rendah atas pada waktu ko-kurikulum.
  • Majlis Khatam Al-Quran Kawasan Brunei IV, akan diadakan pada 11hb Sept 2009 bertempat di Sekolah rendah PB Limau Manis. Guru-Guru Sekolah Rendah Lumapas di berikan Juzuk 25 - 26 untuk dibaca.

Thursday, 16 July 2009

AKTIVITI SEKOLAH SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN


Pagi tadi semua murid-murid berkumpul di dewan sekolah bagi menjalankan aktiviti membaca surah Yassin yang diadakan bersempena dengan Hari Puja Usia Kebawah Duli yang ke 63 tahun, majlis juga diselajurkan dengan membaca doa bagi menjauhi dan dihindari daripada wabak influenza A (H1N1). Majlis pagi tadi telah diketuai oleh Penolong Guru Besar sekolah iaitu Cikgu Azhar bin Hamzah.

Wednesday, 15 July 2009

SELAMAT HARI PUJA USIA KE 63




DIRGAHAYU

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA

SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADIN WADDAULAH,

SULTAN DAN DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

HAMBA DULI TUAN PATIK SEKELIAN MENYEMBAHKAN

SEMBAH KESYUKURAN SEMPENA HARI PUJA USIA KE 63

KEBAWAH DULI TUAN PATIK DAN SEMOGA

KEBAWAH DULI TUAN PATIK KEKAL KARAR MEMERINTAH

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Monday, 6 July 2009

Pemeriksaan H1N1 Selepas Cuti Penggal Kedua ( Hari Pertama )


Hari ini sekolah mula dibuka setelah bercuti. Pintu masuk ke kawasan sekolah sesak kerana pemeriksaan sedang dijalankan. Jawatankuasa guru-guru bagi H1N1 ini telah dibahagikan tugas masing-masing bagi memastikan murid-murid diperiksa sebelum masuk ke dalam bilik darjah.

Hasil daripada pemeriksaan seramai 58 orang murid telah dimasukkan ke dalam bilik gerakkan kerana didapati menghidap batuk-batuk dan selsema walaupun suhu badan mereka tidak melebihi daripada 38 darjah selsius.

Ibu bapa bagi murid-murid tersebut telah dihubungi untuk mengambil anak-anak mereka dan dinasihatkan menjalani pemeriksaan lanjut di klinik-klinik yang berdekatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pemeriksaan kali kedua juga diadakan pada pukul 10.30 pagi iaitu selepas rehat. Guru-guru yang bertugas telah memeriksa suhu badan murid-murid dari darjah ke darjah. Pemantauan bagi suhu badan murid akan dilakukan lagi pada hari kedua persekolahan dan juga seterusnya.

Tuesday, 30 June 2009

Taklimat Tentang Influenza A (H1N1)










Pada 27 Jun lepas telah diadakan taklimat mengenai dengan Influenza A ( H1N1 ) kepada guru-guru dan kakitangan sekolah. Di dalam taklimat tersebut guru-guru telah diajarkan cara-cara yang betul menggunakan alat pengesan suhu badan. Alat pengesahan suhu badan tersebut telah diagihkan melalui Kementerian Pendidikan. Pada masa ini murid-murid masih lagi dicutikan iaitu dari 29 Jun hingga 4 Julai dan akan mula bersekolah pada 6 Julai nanti.

AKTIVITI CUTI PENGGAL KEDUA


Pada 18hb Jun 2009. Guru-guru dan murid-murid Sekolah Rendah Lumapas telah mengikuti rombongan lawatan sambil belajar ke Galeri Kesihatan Berakas. Seramai lebih kurang 70 orang warga sekolah menyertai rombongan tersebut. Sebelum berangkat ke Galeri Kesihatan, guru-guru dan murid-murid diarahkan berkumpul di Sekolah Rendah Lumapas untuk menaiki bas yang telah disediakan sebanyak 4 buah. Tepat jam 8.30 pagi, rombongan sekolah telah berangkat ke Galeri Kesihatan dan tiba pada jam 9.00 pagi.

Kedatangan rombongan sekolah telah disambut dengan mesranya oleh kakitangan Galeri kesihatan. Seterusnya murid-murid di arahkan untuk membuat pecahan kumpulan bagi melicinkan lawatan serta memudahkan murid-murid untuk belajar. Setiap kumpulan akan di ketuai oleh seorang kakitangan Galeri Kesihatan untuk menerangkan setiap pameran yang dipertunjukkan.



Thursday, 25 June 2009

SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1) SIRI KE 30 - EMPAT KES TERBARU INFLUENZA A (H1N1)

Sejak laporan terakhir dikeluarkan, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan empat lagi kes tebaru Influenza A (H1N1) yang membawa jumlah keseluruhan di negara ini kepada 11 kes.

Kes ke 8 melibatkan seorang wanita berumur 23 tahun yang mula mendapat tanda-tanda penyakit pada 18 Jun 2009. Pesakit ini telah pergi ke Kuala Lumpur, Malaysia pada 12 Jun 2009 dan pulang ke tanah air pada 15 Jun 2009.

Kes ke 9 ialah seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun yang baru pulang daripada melawat negeri Johor, Malaysia pada 19 Jun 2009. Kanak-kanak ini mula menunjukkan tanda-tanda penyakit pada 22 Jun 2009.

Kes ke 10 dan ke 11 adalah merupakan kontak terdekat kes ke 4. Kes ke 10 ialah seorang kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun yang mula mempunyai tanda-tanda penyakit pada 23 Jun 2009. Kes ke 11 adalah seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun yang mula menunjukkan tanda-tanda penyakit pada 22 Jun 2009.

Kesemua pesakit ini, termasuk 7 pesakit Influenza A (H1N1) yang dilaporkan sebelumnya adalah dalam keadaan yang baik dan masih menjalani rawatan di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan berserta dengan agensi-agensi yang terlibat, akan terus mempertingkatkan usaha untuk mengawal penyakit ini. Di antara langkah-langkah tersebut ialah:

*Menggalakkan pengurangan aktiviti-aktiviti dan interaksi sosial secara sukarela selama 7 hari bagi mereka yang baru pulang dari luar negeri.

*Menghadkan penghantaran pegawai dan kakitangan ke luar negeri bagi menghadiri latihan dan mesyuarat.

*Memastikan pusat-pusat kurantin sentiasa mencukupi dan sentiasa berada dalam keadaan siap sedia.

*Akan memulakan pemeriksaan suhu badan di kalangan penuntut-penuntut sekolah di negara ini apabila penggal persekolahan yang baru bermula.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan terus menasihatkan orang ramai untuk segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan sekiranya mempunyai tanda-tanda penyakit terutamanya jika baru kembali dari luar negeri.

* Pada pagi tadi juga telah diadakan
Majlis penyerahan thermometer dan mask kepada Guru besar dan pengetua sekolah-sekolah beserta dengan Slide Presentasi mengenai Influenza A (H1N1)

Dalam presentasi tersebut ada menerangkan langkah-langkah pencegahan dan pemantauan bagi mengelakkan penyebaran H1N1 Virus dikalangan murid-murid sekolah.
Sebanyak 997 thermometer dan 10,000 mask ( for suspected cases only )
akan dibekalkan ke sekolah-sekolah oleh Kementerian Kesihatan melalui Kementerian Pendidikan.

Apabila Penggal Persekolahan bermula guru-guru akan diminta mengambil suhu badan murid-murid sebelum mereka memasuki kawasan sekolah. Guru-guru darjah juga dikehendaki memantau keadaan kesihatan murid-murid mereka dari masa kesemasa. Murid -murid yang dipercayai mendapat simptom tersebut akan diasingkan daripada murid-murid yang lain dan mereka juga dikehendaki untuk memakai mask bagi mencegah merebaknya Virus tersebut.

Untuk makluman lebih lanjut sila hubungi Ministry of Health Negara Brunei Darussalam