CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 13 September 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1433H




Pada hari Sabtu, 21hb Syawal 1433H bersamaan dengan 08hb September 2012M. Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di Dewan Sekolah Rendah Lumapas.

Acara dimulakan dengan kata alu-aluan daripada Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas, Cikgu Haji Muhd Nikman Bin Haji Muhd Isa.

Majlis di serikan dengan persembahan dari murid-murid prasekolah hingga ke murid tahun 5. Turut memeriahkan majlis pada pagi itu, beberapa orang guru telah sudi menyampaikan lagu hari raya. Nyanyian beramai-ramai juga turut menyemarakkan lagi suasana sambutan hari raya pada hari tersebut.

Bacaan doa selamat dibacakan oleh Ustaz Haji Muhd Bukhari bagi menutup majlis tersebut. Seterusnya murid-murid lelaki dan perempuan berbaris untuk mengambil kesempatan bersalam dengan guru-guru mereka.

Pada jam 10.00 pagi pula, Guru Besar di iringi oleh beberapa orang guru akan berkunjung ke bilik darjah murid-murid untuk menikmati jamuan terbuka. Sebanyak 20 buah bilik darjah telah mengadakan "Open House". Setelah itu, Murid-murid akan bertandang ke kelas yang lain untuk saling bermaafan dan menjamu selera.






































































































Wednesday, 5 September 2012

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN PENYAMPAIAN DERMA ANAK-ANAK YATIM

Pada hari Khamis, 09 Ogos 2012 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1433H. Majlis khatam Quran telah di adakan di Dewan Sekolah Rendah Lumapas.

Acara dimulakan dengan bacaan beramai-ramai  bagi semua guru-guru dari surah Ad Dhuha hingga surah Al-Fatihah.

Doa Khatam dibacakan oleh Cikgu Shaheiffulrizal Bin Hj A.Bidin.

Bagi memriahkan lagi majlis pada pagi itu, zikir Syarafil Anam beramai-ramai dan seterusnya pemberian bunga telur dan cenderahati diberikan oleh Guru Besar kepada semua guru-guru Sekolah Rendah Lumapas.

Majlis di lanjutkan lagi dengan acara Penyampaian derma Anak-anak yatim seramai 14 orang.

































 Guru Besar bergambar ramai dengan Anak-anak Yatim

 Bergambar ramai Guru-guru dan Kakitangan Sekolah Rendah Lumapas


MAJLIS PEMBUKAAN TEDARUS GURU-GURU SEKOLAH RENDAH LUMAPAS

Pada Hari Rabu, 25hb Julai 2012 bersamaan dengan 05hb Ramadan 1433H. Majlis pembukaan bertedarus telah di adakan di Dewan Sekolah Rendah Lumapas.

Guru-guru diberikan didalam beberapa kumpulan dan seterusnya pembahagian Surah bagi setiap guru. Pembukaan bertedarus di mulakan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas, Cikgu Haji Muhd Nikman Bin Haji Muhd Isa. Seterusnya diikuti oleh wakil setiap kumpulan untuk membaca surah yang telah ditetapkan.

Acara penutup pula diadakan pada 09 Ogos 2012 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1433H.