CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 5 September 2012

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN PENYAMPAIAN DERMA ANAK-ANAK YATIM

Pada hari Khamis, 09 Ogos 2012 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1433H. Majlis khatam Quran telah di adakan di Dewan Sekolah Rendah Lumapas.

Acara dimulakan dengan bacaan beramai-ramai  bagi semua guru-guru dari surah Ad Dhuha hingga surah Al-Fatihah.

Doa Khatam dibacakan oleh Cikgu Shaheiffulrizal Bin Hj A.Bidin.

Bagi memriahkan lagi majlis pada pagi itu, zikir Syarafil Anam beramai-ramai dan seterusnya pemberian bunga telur dan cenderahati diberikan oleh Guru Besar kepada semua guru-guru Sekolah Rendah Lumapas.

Majlis di lanjutkan lagi dengan acara Penyampaian derma Anak-anak yatim seramai 14 orang.

































 Guru Besar bergambar ramai dengan Anak-anak Yatim

 Bergambar ramai Guru-guru dan Kakitangan Sekolah Rendah Lumapas


MAJLIS PEMBUKAAN TEDARUS GURU-GURU SEKOLAH RENDAH LUMAPAS

Pada Hari Rabu, 25hb Julai 2012 bersamaan dengan 05hb Ramadan 1433H. Majlis pembukaan bertedarus telah di adakan di Dewan Sekolah Rendah Lumapas.

Guru-guru diberikan didalam beberapa kumpulan dan seterusnya pembahagian Surah bagi setiap guru. Pembukaan bertedarus di mulakan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas, Cikgu Haji Muhd Nikman Bin Haji Muhd Isa. Seterusnya diikuti oleh wakil setiap kumpulan untuk membaca surah yang telah ditetapkan.

Acara penutup pula diadakan pada 09 Ogos 2012 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1433H.









Thursday, 2 August 2012

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK




Allah SWT berfirman yang bermaksud:-

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" 
(Surah Al-Baqarah ayat 183)

""Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat" 
(Surah al-A'raf ayat 26)


Rasulullah SAW pernah berpesan kepada umatnya :

"Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" 
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya" 
(Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari)

Sunday, 22 July 2012

SELAMAT HARI KEPUTERAAN YANG KE 66


Sukan Ria SRL

Sabtu 9 hb Jun 2012 telah diadakan sukan ria bertempat di padang Sekolah Rendah Lumapas. Acara -acara pada hari tersebut ialah pertandingan perbarisan lalu bagi kumpulan Pateh Sangkuna, Pateh Sendayong, Pateh Mengurun, Pateh Tuba, Pateh Berbai dan Pateh Malakai.Acara Belapan bagi murid -murid rendah atas dan permainan bagi rendah bawah.Pertandingan perbarisan lalu telah dimenangi oleh Patih Mengurun. Acara bagi guru-guru dan kakitangan juga disediakan seperti memasukkan benda ke dalam kotak plastik, berlari 100 meter dan juga mengisi air ke dalam botol.
Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Pateh Mengurun kerana telah memenangi acara keseluruhan.
Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru dan murid -murid yang telah berjaya didalam acara yang telah diikuti.

Lina/SRL

Thursday, 21 June 2012

ENGLISH WEEK 2012


Guru Besar sedang menyampaikan hadiah