CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 22 July 2012

SELAMAT HARI KEPUTERAAN YANG KE 66


Sukan Ria SRL

Sabtu 9 hb Jun 2012 telah diadakan sukan ria bertempat di padang Sekolah Rendah Lumapas. Acara -acara pada hari tersebut ialah pertandingan perbarisan lalu bagi kumpulan Pateh Sangkuna, Pateh Sendayong, Pateh Mengurun, Pateh Tuba, Pateh Berbai dan Pateh Malakai.Acara Belapan bagi murid -murid rendah atas dan permainan bagi rendah bawah.Pertandingan perbarisan lalu telah dimenangi oleh Patih Mengurun. Acara bagi guru-guru dan kakitangan juga disediakan seperti memasukkan benda ke dalam kotak plastik, berlari 100 meter dan juga mengisi air ke dalam botol.
Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Pateh Mengurun kerana telah memenangi acara keseluruhan.
Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru dan murid -murid yang telah berjaya didalam acara yang telah diikuti.

Lina/SRL

Thursday, 21 June 2012

ENGLISH WEEK 2012


Guru Besar sedang menyampaikan hadiah







Saturday, 5 May 2012

Sambutan Global Week di Sekolah Rendah Lumapas

Pada 28 April telah diadakan sambutan Global Week 2012 di Sekolah Rendah Lumapas.Acara tersebut dimulai dengan ucapan kata-kata aluan dari Guru Besar dan selepas itu diikuti pula acara senaman aerobik beramai-ramai.Antara permainan tradisi yang telah dipersembahkan seperti permainan lompat gelang getah, permainan tarik upih, permainan kayu tiga, permainan carah, permainan guli dan juga permainan baling getah. 

Dalam acara tersebut, murid-murid dan guru-guru berpeluang untuk mencuba setiap permainan yang dipersembahkan. Diharap murid-murid akan dapat mengenal dan tidak akan melupakan permainan-permainan tradisi tersebut walaupun mereka telah meningkat dewasa.



Lina/srlumapas

Friday, 4 May 2012

Minggu Bahasa Melayu Sekolah Rendah Lumapas

Pada Hari isnin 23 April yang telah lepas telah diadakan perasmian Minggu Bahasa Melayu. Diucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas iaitu Cikgu Haji Muhd. Nikman bin Haji Muhd. Isa kerana telah berkesudian untuk melancarkan perasmian tersebut. Banyak aktiviti yang menarik telah diadakan seperti menyusun ayat, memilih perkataan bergambar, menyusun ayat jawi dan juga memilih jenis-jenis ayat. 

Diharap Aktiviti-aktiviti tersebut dapat menambah kemahiran murid dan memupuk minat murid dalam mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu.


 Banner Hari Akademik, Minggu Bahasa Melayu. 
 Guru Besar  Cikgu Haji Muhd. Nikman bin Haji Muhd. Isa
 merasmikan Minggu Bahasa Melayu dengan memotong reben.

Bermula dengan Membaca Senyap.
Murid-murid Prasekolah sedang membuat aktiviti.

 Murid-murid Tahun 1 sedang membuat aktiviti menyusun perkataan 
supaya menjadi ayat yang betul.
 
Guru Tahun 2 sedang menyampaikan soalan mengenai dengan kata dasar.  
Murid Tahun 3 sedang menjawab soalan yang diberikan iaitu menyusun 
perkataan supaya menjadi ayat yang betul.

Aktiviti murid Tahun 4 iaitu memilih perkataan yang betul.
Murid- murid Tahun 5 sedang memasing bola dengan diiringi oleh muzik, apabila muzik berhenti, murid yang memegang bola akan berpeluang untuk menjawab soalan.
Murid-murid perempuan Tahun 5 membuat aktiviti mengelilingi kerusi sehingga muzik berhenti, muird yang dapat duduk akan menjawab soalan yang guru berikan.




Memilih jenis-jenis ayat.




Penyampaian hadiah, yang disampaiakan oleh ketua Guru Agama iaitu Cikgu Hjh Sinun binti Haji Nayan




Lina/srlumapas

Wednesday, 25 April 2012

THE GLOBAL ACTION WEEK 2012 ( 22 April 2012 )

The Global Action Week 2012, telah diadakan  di Taman Peranginan Kampong Parit, Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan Hj Mahrub Hj Murni yang berkata bahawa konsep 'reminiscing'reflects baik dengan belia dan (kanak-kanak) dalam memberi pendedahan yang lebih baik dari apa yang mereka boleh belajar dari masa lalu dan dari tradisi Brunei.

Majlis tersebut telah memberi tumpuan terutamanya kepada warisan Brunei di mana permainan kanak-kanak dan lagu-lagu tradisional telah digubal oleh kedua-dua ibu bapa dan kanak-kanak melalui persembahan. Antara permainan yang dimainkan telah mewarna , main Anjung, main simban , main carah, main kikik dan lain-lain. 

The Global Action Week  adalah satu kempen di seluruh dunia melalui Kempen Global Pendidikan setiap tahun pada bulan April. Ia bertujuan untuk meningkatkan peluang pendidikan untuk semua. Tema tahun ini adalah 'Penjagaan Awal Kanak-kanak dan Pendidikan'. 

Bagi penerangan lanjut sila layari The Brunei Times 



Persembahan tarian dari murid-murid pra

Murid-murid dari SR Lumapas sedang membuat persembahan bermukun.

Cenderahati dari pihak sekolah

Tetamu kehormat sedang beramah mesra dengan murid-murid




Lina /srlumapas

Wednesday, 18 April 2012

Program USAI anjuran Bahagian Kaunseling dan Bakat Kerja.

Pada hari Isnin, 2hb April 2012 yang lalu telah berlangsung ceramah bertajuk 'Sama tapi tak serupa' yang telah dikendalikan di Dewan Sekolah Rendah Lumapas. Ceramah ini melibatkan guru-guru dari 4 buah sekolah iaitu guru-guru dari Sekolah Rendah Lumapas, Sekolah Rendah Kasat, Sekolah Rendah Putat dan Sekolah Rendah NAR Menunggol. Ceramah ini disertai oleh lebih 80 orang guru.

Ceramah Program Usai disampaikan oleh Cikgu Haji Shahdani bin Haji Asmat, Pegawai dari Unit Bahagian Bimbingan, Kaunseling dan Kerjaya,Jabatan Sekolah-sekolah. Program Usai yang bertajuk 'Sama tapi tak serupa' bertujuan untuk menerangkan tentang pentingnya disiplin dan kaunseling dalam membentuk diri pelajar.Cara pendekatan yang berbeza namun mempunyai tujuan yang sama iaitu membentuk pelajar kepada yang lebih baik.

Adalah penting bagi guru bahagian Disiplin bekerjasama dengan guru kaunseling untuk membantu pelajar. Kita tidak menjangkakan perubahan mendadak dari diri pelajar, pendekatan yang perlahan dan lembut boleh memberikan impak yang lebih besar dan mendalam dalam diri mereka. Dalam menghadapi masalah pelajar, kita hendaklah mengkaji puncanya kerana setiap perkara yang berlaku itu ada sebabnya. Kita hendaklah sabar dan sentiasa berinteraksi dengan pelajar,bukakan peluang dan kesempatan untuk mereka bersuara dan meluahkan isi hati mereka.

Cg Norafiza binti Awg Osman ( Guru Pemimbing Sekolah ) sebagai pemudah cara.

Cg Hj Shahdani bin Hj Asmat ( Pegawai Kaunseling ) sebagai penceramah

Antara Guru yang hadir mendengar ceramah berkenaan.


Guru Besar NAR Menunggol dan GB Sr Lumapas sama-sama menghadiri majlis berkenaan

Petikan Sabda Nabi S.A.W sebagai pegangan & renungan bersama

Wakil dari Sekolah Putat


Wakil dari Sekolah Nar Menunggol dan Lumapas