CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 6 March 2012

PERASMIAN MINGGU SCIENCE SRLUMAPAS TAHUN 2012

Isnin,05hb Mac 2012, Satu acara perasmian Minggu Science telah dilancarkan oleh guru-guru Science Sekolah Rendah Lumapas. Acara di mulakan dengan ucapan Guru Besar, Cikgu Haji Muhd Nikman Bin Haji Muhd Isa dan seterusnya merasmikan aktiviti tersebut.

Aktiviti pertama bagi minggu Science adalah dari murid-mu
rid Tahun 1A, 1B dan 1C. Aktiviti mereka ialah "Name the Sense Organs and its function".

Selesai aktiviti Science Tahun 1, penyampaian Hadiah bagi pemenang-pemenang wakil murid Tahun 1A, 1B dan 1C.


Pelancaran Minggu Science Tahun 2012

Ucapan perasmian oleh Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas

Soalan Science bagi murid Tahun 1A, 1B dan 1C

Salah seorang wakil lelaki Tahun 1 cuba untuk menjawap soalan yang diberikan.

Murid perempuan Tahun 1 sedang menyusun jawapan di tempat yang betul.

Jawapan yang telah diberikan oleh murid Tahun 1.

Para pemenang yang berjaya menjawap soalan dengan betul.

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.

Guru Besar dan Guru Science Tahun 1 bergambar ramai bersama dengan Pemenang dari Tahun 1A, 1B dan 1C.

Nita/SRLumapas


Lawatan guru-guru dan kakitangan ke DST




Bangunan DST

Penerangan yang disampaikan.

Dayang Norafidah sedang menerangkan langkah-langkah keselamatan jika berlakunya kebakaran.

Video yang ditunjukkan.




Guru-guru sedang mendengar maklumat yang disampaikan.

Cenderahati dari pihak DST yang disampaikan oleh Hj Wahab.



Pada 1 Mac 2012 yang lepas warga Sekolah Rendah Lumapas telah mengadakan lawatan ke DST Kristal Fm di Jalan Tungku Gadong.Sebelum itu guru -guru dan kakitangan diberikan taklimat tentang sejarah penubuhan dan pencapaiannya.Kami juga diterangkan tentang langkah-langkah keselamatan apabila berlakunya kecemasan semasa lawatan dijalankan. Kami juga dibawa melawat ke tingkat 12 bangunan DST , bilik aduan 151 dan juga bilik penyiaran radio Kristel Fm. Lawatan tersebut barakhir kira-kira 4.30 petang.

Seluruh warga Sekolah Rendah Lumapas mengucapkan ribuan terima kasih diatas layanan baik yang diberikan oleh pihak DST.

Lina/srlumapas

Monday, 5 March 2012

AKTIVITI MINGGU MATHEMATICS

Hari Sabtu, 03hb Mac 2012. Aktiviti minggu Mathematics dijalankan pada pagi tersebut dimulakan dengan aktiviti murid Tahun 5.

Aktiviti bagi murid Tahun 5A, 5B dan 5C adalah "Subtraction 5 digit numbers with 5 digit numbers".

Seterusnya penyampaian Hadiah kepada murid-murid yang berjaya menjawap soalan dengan betul. Maka pada hari ini berakhirlah minggu Mathematics yang telah di jalankan selama 5 hari berturut-turut bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 5.


Nita/SRLumapas

Friday, 2 March 2012

March 2012 Calendars



Lina/srlumapas

Aktiviti Cabaran Mengeja (Bahasa Melayu)

Aktiviti cabaran Mengeja ini diadakan pada Hari Khamis 1 haribulan Mac 2012 iaitu pada pukul 7.30 hingga 7.35 pagi ( selama 5 minit ) .Aktiviti ini diadakan di bilik darjah masing-masing. Murid-murid yang terlibat adalah murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran murid dalam mengeja.


Murid-murid Tahun 3 sedang menjawab soalan.



Lina/srlumapas

Wednesday, 29 February 2012

UJIAN DIAGONISTIK KGBK- Awal Menulis dan Membaca Bagi Tahun 1

Rabu, 29hb Mac 2012. Guru Bahasa Melayu Tahun 1A, 1B dan 1C. Cikgu Norhaidah Binti Haji Abdul Rahman telah menjalankan ujian membaca dan menulis kepada murid-muridnya.

Program ini dibuat hasil daripada bengkel yang sedang diikuti beliau yang di ketuai oleh Profesor Emeritus Dato' Isahak Haron, dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari ini adalah menguji kemahiran murid-murid dalam mengeja dan membaca dengan betul. Cikgu Norhaidah akan mencatit markah murid-murid untuk di hantar kepada penganjur bengkel.


Nita/SRLumapas

MAKLUMAN : PESTA BUKU SEKOLAH RENDAH LUMAPAS

Sekolah Rendah Lumapas akan menerima kedatangan dari Syarikat PHMD Publishing Company.

PHMD Publishing ingin memaklumkan mengenai pesta buku yang akan diadakan di Sekolah Rendah Lumapas buat jangka masa dua hari.

Pesta buku ini akan di adakan pada :

01hb Mac 2012 dan 03hb Mac 2012, Masa 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Buku-buku akan dijual pada harga yang sangat berpatutan. Pada waktu ini, PHMD Publishing sedang menjual buku-buku stok dengan harga promosi. Harga buku-buku tersebut adalah dari $1.00 ke atas.

Senarai buku-buku yang hendak dijual adalah seperti berikut:
1. Buku Teks
2. Buku kerja
3. Buku Tulisan
4. Buku Karangan
5. Buku Mewarna
6. Peralatan Sekolah


Tandakan buku yang dibeli di dalam kotak yang di sediakan.