CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 22 February 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 28 TAHUN



logo


  • Logo

    Logo keseluruhan ialah bentuk kupu-kupu yang di olah oleh angka 28 yang membawa maksud 28 tahun kemerdekaan Negara Brunei Darussalam.

    Kupu-kupu

    Kupu-Kupu pula melambangkan alam flora dan fauna yang perlu dikawal dan dipelihara daripada sebarang pencemaran dan kemusnahan agar kita hidup aman, sihat dan sempurna.

    Warna Hijau

    Warna Hijau yang bercampur putih dan coklat melambangkan keadaan alam dan isi kandungannya termasuk pokok-pokok dan hidupan liar bebas menghirup udara bersih yang tidak tercemar.

    Empat Bulatan


    Empat Bulatan sayap kupu-kupu bermaksud empatt daerah yang terdapat di Negara Brunei Darussalam

    Huruf Jawi

    Huruf Jawi melambangkan Agama Islam sebagai Agama rasmi Negara dan Mendokong usaha untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir

    Panji-Panji

    Panji-panji sebagai lambang bernegara yang berdaulat dan warna kuning membawa maksud sistem pemerintahan Beraja yang disembah dan sebagai ketua agama yang perlu diikuti

    Warna Biru

    Warna Biru membawa maksud laut sebagai sumber makanan dan mata pencarian yang perlu dijaga, dikawal dan dipelihara dari sebarang kerosakan dan pencemaran


Nita/SRLumapas

Tuesday, 21 February 2012

Majlis Perpisahan Bagi 4 orang Guru Yang pernah mengajar di Sekolah Rendah Lumapas

Pada hari rabu yang lepas iaitu 18hb Februari 2012. Badan kebajikan Sekolah Rendah Lumapas telah mengadakan majlis perpisahan bagi guru-guru yang pernah bertugas di Sekolah Rendah Lumapas. Guru-guru yang diraikan ialah:

Cikgu Zoolfadli Bin Haji Tahir
Cikgu Haji Tajuddin Bin Abdullah Parang
Cikgu Nurul Khairunniza Binti Haji Mohiddin
Ustaz Md Firdaus Bin Haji Abd Wahab

Acara diadakan di sebelah petang bertempat di Restoran Fayze Jaya, Airport Berakas.

Ucapan ringkas dari Guru Besar


Cikgu Zoolfadli Bin Haji Tahir

Ustaz Md Firdaus Bin Haji Abd Wahab

Wakil dari Cikgu Haji Tajuddin Bin Abdullah Parang

Wakil dari Cikgu Nurul Khairunniza Binti Haji Mohiddin

Bacaan surah Al-Fatihah dibacakan oleh Cikgu Sazil Amri bagi memberkati majlis pada petang itu. Seterusnya Ucapan ringkas dari Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas, Cikgu Haji Muhd Nikman Bin Haji Muhd Isa bagi mengimbas kembali kerjaya guru-guru yang diraikan sepanjang berada di Sekolah Rendah Lumapas.

Seterusnya ucapan daripada guru-guru yang diraikan dan penyampaian cederamata kenang-kenangan yang di sampaikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas.

Acara di lanjutkan dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi Badan Kebajikan Ustazah Hajah Sinun Binti Haji Nayan atas kesudian guru-guru dan kakitangan yang sudi hadir pada majlis tersebut.

Acara berakhir pada jam 3.30 petang dengan bacaan Doa Selamat dan seterusnya menikmati Jamuan.


Nita/SRLumapas

Friday, 17 February 2012

Aktiviti Program Membaca ( Membaca senyap beramai-ramai )

Aktiviti tersebut telah dijalankan pada 15 hb Februari 2012 iaitu semasa perbarisan pagi. Aktiviti tersebut telah diselenggarakan oleh Ahli Jawatankuasa Program Membaca Sekolah Rendah Lumapas. Program Membaca ini adalah bertujuan untuk melatih murid supaya memupuk sikap suka membaca dan melalui membaca akan dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan, pemikir dan kreatif.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru yang telah terlibat menjayakan aktiviti tersebut.


Murid-murid sedang membaca buku masing-masing



Murid-murid Prasekolah sedang leka membaca

Lina/srlumapas

Tuesday, 14 February 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah Tahun 2012


Sabtu, 11 hb Februari 2012 bersamaan dengan 18 hb RabiulAwal 1433H, Badan Kerohanian Sekolah Rendah Lumapas telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul SAW bagi peringkat sekolah.
Acara berlangsung pada jam 7.30 pagi bertempat di Padang Sekolah Rendah Lumapas. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Ustaz Haji Mohd Bukhari bin Haji Aji dan seterusnya ucapan Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas,Cikgu Haji Muhd Nikman bin Haji Muhd Isa.

Acara disemarakkan lagi dengan bacaan Dikir Marhaban dan Solawat oleh guru-guru lelaki serta prefek-prefek lelaki.

Kemudian Guru Besar mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan pelajar-pelajar sekolah dan guru-guru yang mengikuti perbarisan yang dimulai dari pelajar-pelajar prasekolah hingga tahun 6.

Bagi memberkati majlis pada hari itu, bacaan doa selamat dibacakan oleh Ustaz Haji Mohd. Bukhari bin Haji Aji.

Seterusnya acara kemuncak bagi hari itu adalah perarakan mengelilingi padang Sekolah Rendah Lumapas sebanyak dua pusingan diketuai dengan pengibaran sepanduk Maulidur Rasul SAW di barisan hadapan, diikuti oleh Guru Besar, Penolong Guru Besar, guru-guru dan murid-murid sambil membacakan Solawat keatas Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Acara selesai pada jam 9.00 pagi dan semua pelajar-pelajar dan guru-guru diberikan minuman sejuk yang telah disediakan oleh Ahli Jawatankuasa Minuman sekolah.

Semoga apa yang pihak sekolah sumbangkan ini akan mendapat rahmat dan hidayat daripada Allah SWT jua. Amin Ya Rabbal Alamin.















Nita/srlumapas

Sunday, 5 February 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433H




Renungkanlah dan ambil iktibar dengan kehadiran Maulidur Rasul.....
Belajar Daripada Rasulullah s.a.w
Rasulullah adalah contoh teladan terbaik, bertepatan dengan firman Allah,

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (al Ahzab: 21)

“Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (al Qalam: 4)

percayalah... tiada ajaran sesuci ajaran ISLAM....

Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul seluruh sekolah- sekolah di Negara Brunei Darussalam akan bercuti pada hari Isnin (6 Februari 2012 )
Murid-murid akan bersekolah semula pada hari Selasa ( 7 Februari 2012 )



Lina/srlumapas

Majlis Penyampaian Lencana Prefek, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah - 4 hb Februari 2012

Majlis tersebut telah diadakan pada hari Sabtu, 4 hb Februari 2012 bertempat di Dewan Sekolah Rendah Lumapas. Majlis tersebut dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah yang telah disampaiakan oleh Ustaz Haji Mohammad Bukhari bin Haji Ali. Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas iaitu Cikgu Haji Mohd. Nikman Bin Hj Mohd. Isa juga berkesempatan untuk menyampaikan ucapan. Diakhir acara, murid-murid yang telah dilantik beramai-ramai menyampaikan ikrar mereka untuk menjadi ketua yang bertanggungjawap dalam menjalankan tugas-tugas yang diberikan.


Guru Besar Cikgu Haji Mohd. Nikman bin Haji Mohd Isa menyampaikan sijil
kepada salah seorang prefek.


Penolong Guru Besar Cikgu Azhar bin Hamzah juga dijemput untuk menyampaikan
sijil kepada Prefek







Lina/srlumapas

Wednesday, 1 February 2012