CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 21 February 2012

Majlis Perpisahan Bagi 4 orang Guru Yang pernah mengajar di Sekolah Rendah Lumapas

Pada hari rabu yang lepas iaitu 18hb Februari 2012. Badan kebajikan Sekolah Rendah Lumapas telah mengadakan majlis perpisahan bagi guru-guru yang pernah bertugas di Sekolah Rendah Lumapas. Guru-guru yang diraikan ialah:

Cikgu Zoolfadli Bin Haji Tahir
Cikgu Haji Tajuddin Bin Abdullah Parang
Cikgu Nurul Khairunniza Binti Haji Mohiddin
Ustaz Md Firdaus Bin Haji Abd Wahab

Acara diadakan di sebelah petang bertempat di Restoran Fayze Jaya, Airport Berakas.

Ucapan ringkas dari Guru Besar


Cikgu Zoolfadli Bin Haji Tahir

Ustaz Md Firdaus Bin Haji Abd Wahab

Wakil dari Cikgu Haji Tajuddin Bin Abdullah Parang

Wakil dari Cikgu Nurul Khairunniza Binti Haji Mohiddin

Bacaan surah Al-Fatihah dibacakan oleh Cikgu Sazil Amri bagi memberkati majlis pada petang itu. Seterusnya Ucapan ringkas dari Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas, Cikgu Haji Muhd Nikman Bin Haji Muhd Isa bagi mengimbas kembali kerjaya guru-guru yang diraikan sepanjang berada di Sekolah Rendah Lumapas.

Seterusnya ucapan daripada guru-guru yang diraikan dan penyampaian cederamata kenang-kenangan yang di sampaikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas.

Acara di lanjutkan dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi Badan Kebajikan Ustazah Hajah Sinun Binti Haji Nayan atas kesudian guru-guru dan kakitangan yang sudi hadir pada majlis tersebut.

Acara berakhir pada jam 3.30 petang dengan bacaan Doa Selamat dan seterusnya menikmati Jamuan.


Nita/SRLumapas

Friday, 17 February 2012

Aktiviti Program Membaca ( Membaca senyap beramai-ramai )

Aktiviti tersebut telah dijalankan pada 15 hb Februari 2012 iaitu semasa perbarisan pagi. Aktiviti tersebut telah diselenggarakan oleh Ahli Jawatankuasa Program Membaca Sekolah Rendah Lumapas. Program Membaca ini adalah bertujuan untuk melatih murid supaya memupuk sikap suka membaca dan melalui membaca akan dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan, pemikir dan kreatif.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru yang telah terlibat menjayakan aktiviti tersebut.


Murid-murid sedang membaca buku masing-masing



Murid-murid Prasekolah sedang leka membaca

Lina/srlumapas

Tuesday, 14 February 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah Tahun 2012


Sabtu, 11 hb Februari 2012 bersamaan dengan 18 hb RabiulAwal 1433H, Badan Kerohanian Sekolah Rendah Lumapas telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul SAW bagi peringkat sekolah.
Acara berlangsung pada jam 7.30 pagi bertempat di Padang Sekolah Rendah Lumapas. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Ustaz Haji Mohd Bukhari bin Haji Aji dan seterusnya ucapan Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas,Cikgu Haji Muhd Nikman bin Haji Muhd Isa.

Acara disemarakkan lagi dengan bacaan Dikir Marhaban dan Solawat oleh guru-guru lelaki serta prefek-prefek lelaki.

Kemudian Guru Besar mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan pelajar-pelajar sekolah dan guru-guru yang mengikuti perbarisan yang dimulai dari pelajar-pelajar prasekolah hingga tahun 6.

Bagi memberkati majlis pada hari itu, bacaan doa selamat dibacakan oleh Ustaz Haji Mohd. Bukhari bin Haji Aji.

Seterusnya acara kemuncak bagi hari itu adalah perarakan mengelilingi padang Sekolah Rendah Lumapas sebanyak dua pusingan diketuai dengan pengibaran sepanduk Maulidur Rasul SAW di barisan hadapan, diikuti oleh Guru Besar, Penolong Guru Besar, guru-guru dan murid-murid sambil membacakan Solawat keatas Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Acara selesai pada jam 9.00 pagi dan semua pelajar-pelajar dan guru-guru diberikan minuman sejuk yang telah disediakan oleh Ahli Jawatankuasa Minuman sekolah.

Semoga apa yang pihak sekolah sumbangkan ini akan mendapat rahmat dan hidayat daripada Allah SWT jua. Amin Ya Rabbal Alamin.















Nita/srlumapas

Sunday, 5 February 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433H




Renungkanlah dan ambil iktibar dengan kehadiran Maulidur Rasul.....
Belajar Daripada Rasulullah s.a.w
Rasulullah adalah contoh teladan terbaik, bertepatan dengan firman Allah,

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (al Ahzab: 21)

“Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (al Qalam: 4)

percayalah... tiada ajaran sesuci ajaran ISLAM....

Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul seluruh sekolah- sekolah di Negara Brunei Darussalam akan bercuti pada hari Isnin (6 Februari 2012 )
Murid-murid akan bersekolah semula pada hari Selasa ( 7 Februari 2012 )



Lina/srlumapas

Majlis Penyampaian Lencana Prefek, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah - 4 hb Februari 2012

Majlis tersebut telah diadakan pada hari Sabtu, 4 hb Februari 2012 bertempat di Dewan Sekolah Rendah Lumapas. Majlis tersebut dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah yang telah disampaiakan oleh Ustaz Haji Mohammad Bukhari bin Haji Ali. Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas iaitu Cikgu Haji Mohd. Nikman Bin Hj Mohd. Isa juga berkesempatan untuk menyampaikan ucapan. Diakhir acara, murid-murid yang telah dilantik beramai-ramai menyampaikan ikrar mereka untuk menjadi ketua yang bertanggungjawap dalam menjalankan tugas-tugas yang diberikan.


Guru Besar Cikgu Haji Mohd. Nikman bin Haji Mohd Isa menyampaikan sijil
kepada salah seorang prefek.


Penolong Guru Besar Cikgu Azhar bin Hamzah juga dijemput untuk menyampaikan
sijil kepada Prefek







Lina/srlumapas

Wednesday, 1 February 2012

Sunday, 29 January 2012

Saturday, 10 December 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG PSR DAN PELAJAR TERBAIK , KONVOKESYEN PRASEKOLAH SERTA MENDATANGANI REKOD KEMAJUAN PELAJAR TAHUN 2011

Majlis tersebut telah diadakan pada 29 hb November 2011 bertempat di Dewan Sekolah Rendah Lumapas. Acara bermula pada pukul 8.30 pagi, dimulai dengan bacaan Surah Al- Fatihah oleh Ustaz Haji Mohammad Bukhari bin Haji Ali.Setelah itu disusuli pula dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh guru besar Sekolah Rendah Lumapas,Cikgu Haji Muhd Nikman bin Haji Muhd Isa.

Pada pagi itu ,Tetamu Kehormat Majlis Cikgu Hajah Norisah binti Haji Md Salleh ( PPKD Brunei IV ) juga berkesudian untuk menyampaikan ucapan.

Majlis menandatangani rekod kemajuan diadakan setelah majlis penyampaian hadiah selesai. Tahniah kepada Mohd. Kamarul Hakimin bin Mohd Amin dan Nurul Iman Najibah binti Shahminan yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam PSR dengan mendapat 5A. Tahniah juga kepada murid-murid yang mendapat hadiah terbaik pada pagi itu.


Hadiah telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis iaitu Cikgu Hajah Norisah Binti Haji Md Salleh, PPKD Brunei IV.
Penyampaian Sijil Konvokesyen Prasekolah
Persembahan dari murid-murid Prasekolah


Murid-murid sedang menunggu giliran naik ke pentas untuk menerima hadiah terbaik.

Murid-murid Tahun 3 berasa gembira dengan hadiah yang telah diterima.






Lina/srlumapas