Lina/srlumapas
Friday, 8 July 2011
Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan murid
Lina/srlumapas
Tuesday, 12 April 2011
Pertandingan bola sepak
Sekolah-sekolah rendah, zon brunei iv
tahun 2011
Pada 07hb April 2011 iaitu hari Khamis, Sekolah Rendah Lumapas telah menjadi NAIB JOHAN dalam perlawanan Bola Sepak, Sekolah-Sekolah, Zon Brunei IV.
Warga Sekolah Rendah Lumapas ingin mengucapkan syabas dan tahniah diatas kejayaan yang diperolehi oleh murid-murid yang ikut serta dalam pertandingan tersebut.
Pada 11hb April 2011 iaitu hari isnin, Guru Besar telah memberikan pingat kepada peserta-peserta tersebut dihadapan semua guru-guru dan murid-murid Sekolah Rendah Lumapas bagi tujuan memberi dorongan dan galakan kepada murid-murid untuk aktif dalam bidang kokurikulum.
Nita/srlumapas
Pertandingan catur
Sekolah-sekolah rendah, zon brunei iv
bagi tahun 2011
Pada 09hb April 2011 iaitu hari sabtu, Sekolah Rendah Lumapas telah menjadi Tuan Rumah bagi acara pertandingan catur, Sekolah-Sekolah Rendah, Zon Brunei IV. Acara ini juga diselenggarakan bersama dengan Jabatan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.
Tetamu kehormat pada majlis ini ialah PPKD Brunei II dan IV, Yang mulia Cikgu Hajah Norisah Binti Haji Salleh.
Acara bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Seramai 10 pemenang telah menerima pingat daripada tetamu kehormat majlis.
Nita/srlumapas
Pendaftaran Pra Sekolah
Di sekolah Rendah Lumapas, Brunei IV
Bagi Tahun 2012
Sukacita dimaklumkan kepada semua ibu bapa/penjaga yang tinggal di Kampong Lumapas bahawa pendaftaran kemasukkan Pra Sekolah bagi sekolah ini pada tahun 2012 akan bermula pada 01hb April 2011 hingga 30hb Jun 2011.
Sila ambil perhatian perkara berikut:
- Kanak-kanak yang didaftarkan hendaklah dilahirkan sebelum 1 JANUARI 2007 (mencapai umur 5 tahun pada 31 Disember 2011)
- Borang pendaftaran boleh didapati daripada Guru Besar atau Kerani pada hari-hari sekolah dibuka antara jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang.
- Semasa mendapatkan borang berkenaa, sila bawa perkara berikut bersama-sama bagi tujuan penyemakkan.
4. Borang pendaftaran yang telah diisikan hendaklah dikembalikan kesekolah ini dengan menyertakan 3 salinan bergambar surat beranak berkenaan tidak lewat pada 30 Jun 2011.
5. Pendaftaran yang lewat dari tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima dan perhatian biskita mengenai perkara ini adalah sangat-sangat diharapkan dan diucapkan terima kasih.
Sekian, Wassalam
Nita/srlumapas
Tuesday, 5 April 2011
PEPERIKSAAN PENILAIAN MOCK I
TAHUN 6
| DAY / DATE | TIME | DURATION | SUBJECT |
| 04/04/2011 (MONDAY) | 8.00 – 8.15 am 8.30 – 9.30 am 10.30 – 11.30 am | 15 MIN 1 HOUR 1 HOUR | MCT MATHEMATICS I MATHEMATICS II |
| 05/04/2011 (TUESDAY) | 8.30 – 10.00 am 10.30 – 11.30 am | 1 HOUR 30 MIN 1 HOUR | ENGLISH I ENGLISH II |
| 06/04/2011 (WEDNESDAY) | 8.30 – 9.15 am 10.30- 11.30 am | 45 MINUTES 1 HOUR | BAHASA MELAYU I BAHASA MELAYU II |
| 07/04/2011 (THURSDAY) | 8.00 – 8.30 am 9.20 – 10.00 am 10.30 – 11.30 am | 30 MINUTES 40 MINUTES 1 HOUR | M.I.B SCIENCE I SCIENCE II |
Monday, 4 April 2011
Post Test untuk SLP (School Leadership Programme)
Pada 17hb Mac 2011 iaitu sebelum cuti penggal pertama, semua murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 telah menduduki ‘Post-Test’ Fantastic4 selama 15 minit bagi projek SLP di dalam kelas masing-masing.
Ujian tersebut bermula pada jam 7.45 pagi – 8.00 pagi.
Hari Akademik
Guru Besar mengucapkan tahniah kepada guru-guru dan murid-murid Sekolah Rendah Lumapas atas usaha yang dijalankan bagi menjayakan program Hari Akademik dan Post Test SLP.


Hari Hijau Sekolah Rendah Lumapas / SRL Greenday
Hari hijau Sekolah Rendah Lumapas dilaksanakan pada 29hb Januari 2011, hari Sabtu yang telah melibatkan semua guru-guru, kakitangan dan murid-murid sekolah ini. Disamping itu juga, acara ini juga melibatkan dan meminta sokongan daripada ibu bapa murid untuk meminta sumbangan yang berbentuk bunga-bunga dan tumbuhan-tumbuhan bagi menjayakan acara tersebut.
Ia adalah salah satu daripada projek SLP (School Leadership Programme) yang telah pun berjalan sejak November 2010 yang lalu. Selain projek berkebun, satu lagi projek yang dijalankan ialah projek Fantastic 4 yang mengetengahkan kepada mata pelajaran Matematik. Ini kerana, mata pelajaran tersebut didapati mata pelajaran yang masih lemah dikalangan murid-murid.
