CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 11 June 2009

CIKGU MARIAH


" Cikgu... terima kasih atas semua yang cikgu berikan kepada kami. Cikgu banyak berjasa kepada kami.Jangan lupakan kami semua.Kami inda lupakan cikgu kerana cikgu banyak berjasa kepada kami. Jangan menangis lagi cikgu. We love you forever ."

Itu adalah luahan dari hati murid-murid cikgu Mariah kerana beliau akan berpindah ke sekolah lain iaitu Sekolah Rendah Kasat. Cikgu Mariah telah berkhidmat di sekolah ini pada tahun 1998 hingga Jun 2009. Sepanjang 11 tahun bertugas di sekolah ini, banyak sumbangan ilmu yang telah beliau taburkan kepada warga Sekolah Rendah Lumapas. Warga sekolah ini mengucapkan agar Cikgu Mariah akan sentiasa sukses dalam kerjaya dan ribuan terima kasih atas segala jasa bakti yang telah disumbangkan pada sekolah ini. Kami semua akan tetap merindui cikgu....




Murid-murid Tahun 5A bergambar kenangan dengan Cikgu Mariah.


Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu dan semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut hati
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di hujung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan kami kenang sepanjang zaman.

Salah seorang Murid membuat nota ucapan kepada Cikgu Mariah.

Murid-murid Tahun 5A meluahkan perasaan sedih dan sayang melalui kertas nota.

Murid-murid mengerumuni Cikgu Mariah bagi menghargai jasa beliau.

Wednesday, 10 June 2009

PENYAMPAIAN DERMA (SEDEKAH) BAGI PEMBINAAN MASJID MADANG OLEH JAPSER BRUNEI IV.
Oleh : Cikgu Azhar (PGB)
srlumapas@gmail.com


Selasa, 09hb. Jun.2009. PPKD, Pmk PD berserta AJK JAPSER BRUNEI IV telah berkunjung ke rumah Ketua Kampong Madang bagi Majlis penyampaian Derma ( sedekah) ikhlas dari Pegawai JSS (Bhg Rendah), Pemimpin-pemimpin sekolah, Guru-guru, kakitangan dan orang persendirian kawasan Sekolah -Sekolah Brunei IV kepada Bendahari pembinaan masjid Kampong Madang.

Penyerahan Derma tersebut telah dilaksanakan oleh Cikgu Hjh Kamariah Binti Hj Ibrahim, PPKD Brunei IV yang disaksikan oleh Ahli JAPSER BRUNEI IV berserta AJK pembinaan Masjid Kg Madang.

Kutipan derma itu adalah susulan tersiarnya berita mengenai perkara tersebut di dada Akhbar Media Permata. Dan atas nasihat dan perbincangan Pengerusi JAPSER Brunei IV bersama Pmk. Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan Kementerian Pendidikan berserta Pegawai-pegawai dari JSS ( Bhg Rendah) maka JAPSER Brunei IV bersetuju membuat kutipan tersebut bagi sama-sama membantu dan seterusnya mendapatkan pahala bagi pembinaan masjid tersebut.

Pembinaan Masjid Kampong Madang ini memakan belanja hampir $5 juta ringgit yang mempunyai ciri-ciri keislaman dengan gabungan seni bina masjid-masjid yang terdapat di negara ini.

Semasa perjumpaan kelmarin AJK pembinaan Masjid Madang masih terus memerlukan dan menerima sumbangan ikhlas dari pihak tertentu bagi mencapai hajat untuk pembinaan masjid yang dimaksudkan.



Struktur Masjid Kampong Madang yang akan dibina.


PPKD Brunei IV, Cikgu Hajah Kamariah menyampaikan derma kepada AJK pembinaan Masjid Kg Madang..



Tuesday, 9 June 2009

ASEAN POWERPOINT PRESENTATION

Bermula pada hari ini Selasa 09hb. Jun 2009, guru-guru sekolah Rendah Lumapas mengadakan powerpoint presentation: ASEAN COUNTRIES khusus ditujukan kepada murid dari PRA hingga Tahun 6 secara bergilir-gilir . PowerPoint presentation ini merupakan salah satu usaha sekolah dalam mempelbagaikan aktiviti sudut ASEAN yang dipertandingkan dalam peringkat kawasan.
Dalam powerpoint presentation ini murid-murid didedahkan dengan politik, ekonomi dan kebudayaan setiap 10 negeri ASEAN yang telah diusahakan oleh setiap kumpulan guru-guru yang menyediakan bahan-bahan tersebut. Di samping itu murid-murid juga telah diberikan soalan secara spontan setelah selesai mereka mendengar presentation yang disampaikan oleh guru.

Laman Utama ASEAN PowerPoint Presentation.


Negara Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia


PGB bersemangat memberi penerangan tentang Negara Brunei Darussalam

Murid-murid dari Rendah Bawah sedang menyaksikan SRLumapas ASEAN Info Presentation.

Negara Laos, Mayanmar, Phillipines and Cambodia.

Wah... asyik sungguh murid ini belajar negara-negara ASEAN.

ASEAN INFO di Pentas Dewan Sekolah Rendah Lumapas.

AJK ASEAN Info Sekolah Rendah Lumapas.

Guru Pengawas ASEAN Info.

Juruacara , Cikgu Ampuan Zohrah dan Cikgu Sutinah

Monday, 8 June 2009

MAJLIS DIALOG PENDIDIKAN PENCEGAHAN RASUAH BERSAMA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU SEKOLAH DAERAH BRUNEI DAN MUARA

Majlis tersebut telah berlangsung pada hari Sabtu 12 Jamadilakhir 1430 Hijrah bersamaan dengan 6 Jun 2009, bertempat di Dewan Kuliah, Institut Tahafiz Al- Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Tutong.


Guru Besar dan Penolong Guru Besar sekolah kita juga telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.

Majlis tersebut adalah anjuran daripada Biro Mencegah Rasuah Jabatan Perdana Menteri

Dengan Kerjasama :
- Jabatan Perkembangan Kurikulum, Jabatan sekolah-sekolah,Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan
- Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama

Disokong oleh :
- Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn. Bhd




Objektif Pendidikan Pencegahan Rasuah ialah :

1. Mewujudkan kesedaran tentang bahaya rasuah kepada pelajar-pelajar.

2. Melahirkan genarasi yang berintegriti,berwibawa dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan dan ketenteraman negara dari segi pengurusan dan pentadbiran.

3. Menanamkan kesedaran di kalangan rakyat dan penduduk negara ini tentang bahaya dan risiko rasuah.

4. Mengelakkan individu dari memiliki sifat yang tamak tanpa melihat kepentingan masyarakat dan negara secara amnya.

5. Mewujudkan individu dan masyarakat yang sentiasa cekap,jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Pendidikan Pencegahan Rasuah diajarkan kepada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah kerajaan dan bukan kerajaan.

Bentuk dan cara penyerapan dan penyaluran pendidikan asas pencegahan rasuah adalah melalui mata-mata pelajaran Komputer, Muzik di peringkat rendah bawah
( Tahun 1-3 ) dan mata pelajaran Melayu Islam Beraja di peringkat rendah atas (Tahun 4 -6) dan bahagian menengah (Tahun 7-11)

Taklimat ini juga menerangkan topik-topik Pendidikan Pencegahan Rasuah iaitu menjurus kepada pendidikan budi pekerti seperti kejujuran,amanah,ikhlas,ketaatan, berdisiplin dan lain-lain yang berkaitan dengan moral dan akhlak yang mulia. Sifat-sifat seumpama ini adalah perlu ditekankan sebagai asas membina ketahanan diri pelajar bagi mengelakkan perbuatan yang bercanggah dengan undang-undang agama dan undang-undang negara terutama dalam melakukan rasuah.

Sunday, 7 June 2009

PENGUBAHSUAIAN PADANG SEKOLAH

Beginilah keadaan padang Sekolah Rendah Lumapas yang masih dalam proses pengubahsuaian.






Pekerja-pekerja sedang tekun menjalankan tugas mereka.

Sukat Baju sukan

Hari ini sabtu 6hb Jun 2009, pukul 10.15 ( Waktu Rehat ) dua orang wakil dari MasAyun tailor shop telah datang untuk membuat sukatan baju uniform sukan untuk guru-guru. Baju sukan ini akan dipakai sewaktu acara sukan Muhibbah nanti.



Tukang jahit sedang menulis ukuran baju.



Material yang digunakan iaitu warna kuning dan biru.


PERJUMPAAN KALI KE 3 JAPSER BRUNEI IV

Perjumpaan di atas telah diadakan pada hari Rabu 3hb Jun 2009 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Sekolah Rendah Lumapas. Selain dari GB dan PGB yang hadir, perjumpaan tersebut juga dihadiri oleh Cg Hjh Kamariah binti Hj Ibrahim, PPKD br IV dan Cg Pg Hj Hamdan bin Hj Abd Rahman, Pmk. PD Brunei II. Agenda perjumpaan kali ini ialah:
  1. Persiapan bagi PROSO senegara.
  2. Sukan Muhibbah peringkat Kawasan.
  3. Pembubaran JAPSER Brunei.
  4. Lain-lain hal.

Dalam pembubaran JAPSER Brunei IV, Cg Hj M.Marali bin Hj Abd Karim tidak lagi memegang jawatan Pengerusi JAPSER BR IV ini adalah kerana beliau telah dilantik menjadi ahli dalam JAPSER INDUK SENEGARA. Jawatan Pengerusi JAPSER BR IV akan di ambilalih oleh Cg Awg Azlan bin Hj Awg Adam manakala Tim Pengerusi akan di pegang oleh Cg Hj Shukry bin Hj Kula menggantikan jawatan yang dipegang oleh Cg Awg Azlan sebelumnya. Secara automatik Cg Hj M.Marali menjadi Penasihat II JAPSER BR IV. Penasihat I dipegang oleh PPKD kawasan.

Manakala Cg Hj Shukry yang sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Badan Perkembangan Staff, maka dengan persetujuan ahli JAPSER Br IV Badan Pekembangan Staff telah digabungkan semula dengan Badan ICT yang di pengerusikan oleh Cg Pg Hjh Rabidah. Dan, dengan perubahan ini Cg Hjh Norlah binti Hj Kuncang yang sebelum ini memegang Jawatan Tim. Pengerusi Badan Perkembangan Staff akan menjadi Timbalan Pengerusi II Badan Perkembangan STAFF DAN ICT JAPSER BRUNEI IV. Semua perubahan berkuatkuasa bermula 3hb Jun 2009.

Jawatankuasa JASPER bagi tahun 2009.

Guru-guru Besar Kawasan Brunei IV sedang mendengar ucapan  dari Pengerusi JASPER.


PPKD, Cikgu Hajah Kamariah juga turut hadir pada perjumpaan tersebut.

Friday, 5 June 2009

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Peperiksaan Pertengahan Tahun telah bermula pada 2 hb Jun 2009 yang lalu. Hari ini adalah hari yang ketiga murid-murid menjalani peperiksaan pertengahan tahun. Semoga murid-murid akan dapat menjawab soalan dengan betul dan lulus dalam peperiksaan ini.

Photos by : Cikgu Azhar

Murid-murid dari Tahun 6B sedang menjawab soalan penilaian PSR mereka.

Murid-murid dari Tahun 6A sedang menjawab soalan penilaian PSR mereka.

Sedang membuat English Composition.

Label daripada Papan Putih.

Murid dari Tahun 6C sedang menulis English Composition.

Murid dari Tahun 3B sedang menjawab soalan.

Murid dari Tahun 2B.

Subjek peperiksaan yang sedang dijalankan.

Sedang asyik menjawab soalan.